Memang benar, seperti apa yang dikatakan oleh Umi Alya di entri yang lepas. Alaaa. entri pasal blog Mieya diganggu oleh Mr. Anonymous (unknown) tu.
Mula-mula, kutuk-kutuk blog Mieya nie lambat loading lah. Lepas je Mieya bangkitkan isu itu di entri, Mieya terima maklum balas daripada si anonymous. Lalu permohonan maaf secara terbuka telah pon Mieya terima dengan hati yang ikhlas. Tapi malangnya, tahap keikhlasan Mieya dalam memaafkan si pelaku diragui.
Bila Mieya check je ruangan chatbox Mieya, Mieya perasan mesej baru yang ditinggalkan si Anonymous. Dan ternyata telahan Umi Alya betul. Si Anonymous nie sengaja je nak tarik perhatian Mieya sebenarnya. Bila Mieya makin melayan kerenahnya, makin menjadi-jadi lah kan gamaknya.
Bila baca je mesej-mesej yang ditinggalkan, Serius Mieya rasa macam nak termuntah pulak. Geli doh. Errrk? hakhak~
Okey. Secara jujurnya, Mieya sangat-sangat menyesal kerana melayan si Anonymous nie. Kalau lah Mieya tahu daripada awal, takkan Mieya layan kerenah-kerenahnya. Okey fine. Mieya memang failed dalam bab yang punya kaitan dengan cintan-cintun nie. (tak belajar pon bab nie lagi kat sekolah dulu)
Tak boleh tangkap apa-apa maksud tersirat di sebalik apa yang berlaku. Cuma boleh tangkap maksud yang tersurat sahaja (yang jelas, nyata dan betul-betul terjadi di depan mata)
P/s : Actually, bukannya Mieya berniat nak memalukan si Anonymous nie. Cuma nak bagitahu, kalau nak berkenalan ke apa ke, biarlah beradab sikit. Kita kan orang Melayu? lalala~