Assalamualaikum semua :)
Ternyata teknologi yang moden di zaman sekarang ini telah mematikan banyak selebriti Malaysia. Dan terbaru, Malique yang namanya sedang meningkat naik dengan single terbarunya, iaitu Teman Pengganti gandingan bersama Black Mentor pula yang kena tempiasnya.
Petang tadi, telah tersebar menerusi Twitter dan BBBM khabar Malique Too Phat meninggal dunia. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau menghidap penyakit kanser otak. Dan lagu Teman Pengganti diciptakan khas untuk isterinya.
Namun begitu, berita mengenai kematian Malique Too Phat ini adalah palsu belaka.
Dan menurut Twitter MalaysianHipHop, Malique Too Phat juga tidak pernah menderita sakit kanser otak seperti yang diperkatakan oleh ramai orang.
Malique sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan.
Semoga penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan.
Sama-samalah kita doakan agar Malique dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus memberi karya yang hebat dalam industri muzik tanah air kita.- mynewshub