Korang layan tak dengan cerita daripada negara seberang (Indonesia), iaitu Nada Cinta kat Astro Ria siaran 104 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat; pukul 6.30 p.m hingga 7.30 p.m tu?
Macam Mieya, mula-mula Mieya tak ikut pon siri drama muzikal nie. Tapi bila pertama kali tengok cerita nie sebab dah takde cerita yang best time tu. Masa tu dah episod 70 lebih dah. Rasa enjoy semacam and at the same time, cerita tu boleh buat Mieya sekeluarga ketawa.
Bermula saat itu lah, Mieya takkan "miss" untuk menonton Sinetron Nada Cinta. Kalau Mieya lupa, mesti adik atau abang-abang Mieya yang akan ingatkan. Kiranya, cerita nie dah jadi cerita wajib tengok bagi satu keluarga Mieya lah. haha
Mieya suka tengok budak nie berlakon, comel je. hikhik |
Entah kenapa sejak dari hari tu, Mieya boleh syok pulak nak tengok cerita nie hari-hari. Maybe sebab ketagih agaknya. Bukan ketagih dadah tu okey? Tapi ketagih nak tahu apa yang akan berlaku di episod yang seterusnya. Walaupun jalan ceritanya, kadang-kadang agak kurang logik, tapi Mieya tetap nak tengok. haha
Hmm, dengar cerita Sinetron Nada Cinta nie nak dekat tamat. Kalau tak hari ini, mungkin minggu depan. Dan sinetron baru yang akan menggantikan cerita nie ialah Sinetron Benci Jadi Cinta.
P/s : Klik pada tajuk sinetron untuk menonton preview sinetron baru yang bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 1 Oktober 2012, pada setiap hari Isnin-Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.30 malam.