Korang ada tengok berita di Buletin Utama TV3 tak semalam? Di mana seorang wanita warga emas berbangsa cina, yakni berusia dalam lingkungan 60an telah terbaring di atas jalan raya akibat diragut oleh sampah masyrakat yang tak berhati perut.
Sejurus selepas kejadian, terdapat tujuh orang yang berjalan sambil hanya melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.
Persoalannya, di manakah hilangnya sikap keprihatinan dan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat negara kita?
Kira-kira pukul 6.10 pagi, barulah ada tiga orang yang baik hati telah membantu mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.
Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.
“Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat,” katanya..
Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya,” - TheStar
P/S : Cuba bayangkan kalau korang ataupun ahli keluarga terdekat yang menjadi mangsa ragut? Adakah orang lain bakal menghulurkan bantuan untuk membantu? atau apa???