Akhirnya, siap juga baju raya dahku~

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ohh, alangkah indahnya hidup ini... (sambil menyanyi lagu raya Aidilfitri) haha puasa pon belum lagi dah fikir pasal hari raya bagai. well, baju untuk dipakai di pagi hari raya dah siap, macam ini lah lagaknya kan?

Haaa.. mesti ada yang akan cakap macam nie, "Awalnya Mieya beli baju raya". Sebenarnya bukannya beli, tapi tempah. Ya kawan-kawan, persiapan awal itu adalah perlu memandangkan kita tak tahu sama ada sumber kewangan akan sentiasa ada ataupon tak.

Jadi, disebabkan bimbang akan berlaku perkara yang tak diingini, Mieya bersama emak dan si demokk telah pon menghantar kain untuk dijahit di bulan April yang lalu. Dan kini, setelah hampir tiga bulan berlalu, akhirnya siaplah jua empat pasang baju kurung bagi setiap seorang.


Alhamdulillah. Dengan adanya persiapan awal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan untuk sambutan hari raya nanti. Insyaallah.

Korang pulak, dah tempah ke belum baju raya korang tu? ke ada yang lebih prefer untuk membeli sahaja?Jangan tempah di saat-saat akhir, nanti risau pulak para penjahit di luar sana tak nak ambil tempahan dah. hehe