Rasa terpanggil pulak hari ini untuk share pasal tips berbelog. Tapi bukannya pasal tips macam mana seseorang tu boleh berjaya dengan blog beliau. Sorry la weh. Blog caca marba Mieya yang baru belajar bernafas nie, masih lagi tidak layak untuk bagi tips sebegitu rupa. Lainlah kalau blog hebat korang tu.
Jadi, entri kali nie sekadar untuk memberi pendapat, apakah selama ini korang berblog kerana populariti ataupun kerana kualiti dan keaslian sesebuah artikel itu yang dititik beratkan.
- Populariti
Blogger yang menulis atas dasar populariti seringkali dikaitkan dengan pendapatan. Tapi bukan semua lah, hanya sebilangan sahaja. Kadang-kadang populariti inilah yang memberi nafas baru kepada penulis blog untuk sentiasa menghasilkan penulisan yang bermanfaat kepada pembaca.
Namun, status popular juga boleh dibahagikan kepada dua, sama ada femes kerana bilangan follower atau kerana bilangan pembaca.
Dan semestinya, femes kerana bilangan pembaca lah yang paling diidam-idamkan oleh semua orang bukan? Biarpun kadang-kadang bilangan komen untuk sesebuah artikel itu sedikit, tapi dengan hanya melihat kepada bilangan pembaca ; sedikit sebanyak memberikan gambaran kepuasan kepada si penulis.
- Originaliti dan keaslian
Untuk blog bergenre personal mahupun bercampur aduk macam Mieya nie, originaliti adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah dalam menghasilkan artikel baru. Sekejap menulis pasal tips, sekejap menulis pasal berita semasa yang berlaku di sekeliling kita. Tapi takpelah, asalkan keaslian dan kualiti artikel itu terjamin.
Namun, jauh di sudut hati kecil Mieya nie tertanya-tanya, masih wujud lagikah pembaca yang membaca blog Mieya sejak Mieya mula berblogging dahulu? Ini adalah persoalan yang selalu bermain-main difikiran Mieya.
Apa-apa pun, terima kasih kepada semua kerana sudi membaca blog Mieya nie, yang rajin tinggalkan komen serta pendapat yang bernas belaka. Tanpa korang semua, Mieya takkan aktif berblogging macam sekarang nie :)