Abah : Surat apa? (sambil membuka sampul surat, sambil membaca, sambil diam)
Mia : Ini haa. hasil yang orang dapat dengan online hari-hari tu.
Abah : Siapa bagi nie?
Mia : Ada lah. Gayanya lebih kurang macam syarikat pengiklanan. Orang cuma share link iklan tu, kalau seorang klik dapatlah 20 sen.
Abah : Bagus lah nie. Duduk saja pon dah boleh dapat duit.
Mia : hehe. Rezeki lah abah.
Assalamualaikum wbt dan hai hai hai semua :)
Ya, hari tu dah cerita dah kan mengenai cek yang pertama Mieya dapat daripada Churpchurp nie kan? Alhamdulillah. Petang semalam, Mieya baru sahaja tunjukkan dekat abah Mieya. Belum tunaikan pon lagi cek nie. Takde pengalaman lah awak.
Jadi, nak tak nak Mieya simpan dahulu, kepam celah ketiak buat sementara waktu. Nanti bila-bila masa sesak, mala petaka nak shopping tapi duit tak cukup ke apa. Barulah Mieya akan tunaikan cek tersebut.
Dan sekarang, Mieya baru sahaja lepas buka laman google dan cari macam mana nak tunaikan cek itu. Betul lah, sekarang nie semuanya di hujung jari. Alhamdulillah dah jumpa.
Kalau korang pun macam Mieya yang otak masih suci pasal cek semua nie. Bolehlah search dekat google dengan keyword Cara Tunaikan Cek Nuffnang. Ada banyak pilihan, tapi korang bukalah satu-satu dan tengok mana-mana yang sesuai.
Tak pun, meh sini Mieya ajarkan. Cara-caranya :
1. Pisahkan cek daripada keratan surat tu.
2. Belek belakang cek, ada arahan suruh isikan maklumat seperti :
- Nombor akaun bank (tanpa dash)
- Nama
- Nombor telefon
3. Isikan maklumat seperti yang diminta.
4. Pergi ke mana-mana bank yang korang ada akaunnya, (macam Mieya Bank BSN)
5. Ambil nombor giliran and then serahkan cek tadi pada pihak yang bertugas di kaunter. Nanti dorang akan tolong masukkan terus ke akaun korang.
So, kesimpulannya, Mieya tetap bersemangat seperti selalu untuk berkongsi link Churpchurp. Walaupun iklannya kejap ada kejap takde. Cisss, macam chipsmore betul lah.