Elemen Penting Dalam Menghasilkan Sesebuah Entri

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

Agaknya, masih adakah makhluk di muka bumi nie yang sudi membaca penulisan Mieya? Harap-harap ada lah ye, walau hanya seorang dua manusia yang sudi menegur Mieya di kala ini pon, Mieya dah kira bersyukur sangat-sangat.

Ya, memang sejak akhir-akhir ini Mieya tidak hyper aktif blogging, blogwalking dengan kuasa kuda seperti dahulu. Mieya sedar. Banyak faktor sekeliling yang perlu dititik berat sebelum meletakkan sepenuhnya tumpuan ke arah blog.

Bermula dengan mood di samping masa yang sesuai dan seterusnya sebanyak mana idea yang dapat dihasilkan oleh otak. Itu semua saling bergantungan antara satu sama lain.

Kalau ada mood tapi idea muncul di masa yang tak sesuai pon. Kadang-kadang tak kena jugak kan. Nanti, mesti ada yang rasa aneh melihat entri yang dihasilkan tidaklah segempak seperti yang diharapkan. Jadi, daripada mengambil risiko sebegitu rupa, maka Mieya kuburkan niat untuk menaip. Dan digantikan dengan aktiviti lain.


Manakala faktor lain pula, kadang-kadang terlampau banyak perkara yang harus kita bicarakan. Kadang-kadang sampai meleret-leret panjangnya post entri yang dihasilkan dalam sesuatu masa. atau mungkin terlampau banyak entri yang dihasilkan dalam sehari.

Hal ini menyebabkan para pembaca malas nak meneruskan pembacaan sampai ke penghujung ayat. Termengah-mengah nak habiskan pembacaan katanya. Dan mungkin ada juga di kalangan mereka yang terkejar-kejar nak baca entri yang mana satu. Akhirnya, ruang chatbox dibuka untuk meninggalkan jejak. Habis cerita.

Jadi, apa motif Mieya timbulkan entri nie sebenarnya? Apakah sebenarnya yang Mieya ingin perjelaskan disini? Haaa.. senang je. Letakkan diri korang di tempat para pembaca, dan disitu korang dapat membuat penilaian sendiri. Pasti.