Ya kawan-kawan, kisah ini bukan rekaan semata-mata, tapi benar-benar berlaku di Fort Lee, New Jersey. Langkah drastik ini terpaksa dibuat berikutan bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.
“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.
Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.
Tapi, Mieya rasa tindakan mengenakan saman yang tinggi kepada pejalan kaki yang berbahaya sebegini adalah patut. Sebabnya, hasil kajian mendapati berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon akan menyebabkan pengguna khidmat itu terbabas berbanding pejalan kaki lain.
Sumber berita dipetik daripada : Harian Metro