Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Perkongsian Jumaat #8 | KepadaNya Kita Berdoa





Dan ingatlah :
“Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.


Mengenali Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang mendung semua :)


Sebagai peringatan bersama, maghrib ini (4 Julai 2012) akan tibalah 15 Syaaban 1433H iaitu malam nisfu Syaaban. Ini menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. 


Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Malam nisfu Syaaban? Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada hari tersebut.


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah




Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
  • Bertaubat

P/S : Klik sini untuk mengetahui Doa Nisfu Syaaban :)




9 Adab Menuntut ilmu

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi yang ceria semua :)

Apa? Ingat nak jumpa bakal ibu mertua dan ayah mertua je ke perlu amalkan adab segala bagai nie. Nak menuntut ilmu, pergi sekolah, ke kelas tambahan pon kena beradab jugak tau. 

Jom, kita ketahui antara adab-adab menuntut ilmu yang perlu kita ikuti. Barulah berkat ilmu yang korang pelajari daripada guru-guru nanti.


P/S : Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Di mana definisi ilmu itu tersangatlah meluas, dan boleh didapati serta dipelajari di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Perkongsian Jumaat #7 | Hidup Berani Untuk Gagal

Assalamualaikum dan salam Jumaat diucapkan kepada semua :)

Entri pendek sahaja untuk kali nie, cukup sekadar dijadikan sebagai renungan kita bersama. Diharapkan perkongsian ilmu pada hari nie sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat kita semua.


KEGAGALAN adalah cara Allah SWT memimpin kita untuk membuat pilihan yang lebih baik apabila tiba masa yang sesuai. Teguhkan Iman dan jangan mengalah.




Mohon kalian membantu Mieya dengan, klik sini dan sini dahulu. tak salah beramal jariah sekali sekala. Terima kasih :)




Perkongsian Jumaat #6 | Kenapa kita perlu bersabar?

6Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)




Kita sememangnya sering diuji dengan pelbagai masalah dan ujian untuk mengukur sejauh mana ketakwaan, kesabaran, dan keikhlasan untuk melayari hidup yang dipinjam untuk seketika cuma. Namun, terkadang itu kita mudah untuk menyerah kalah dan putus asa dengan ujian-ujian Allah S.W.T dan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara di luar batas-batas agama Islam dan tuntutan Syarakh.



Rasulullah S.A.W. juga tidak pernah terlepas dari segala ujian dan seksaan sebagai manusia walaupun Baginda adalah Nabi terkahir yang begitu dekat di sisi Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T; 
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” – Surah Al-Ma’aarij: ayat 5.

Zaman ini, kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita yang memaparkan bagaimana manusia itu hidup dengan penuh rakus dan hilangnya perasaan sabar sehingga sanggup melakukan perkara yang berdosa.

Justeru itu, kenapakah kita tidak boleh menerapkan nilai sabar ke dalam diri sendiri?

Di dalam konteks Islam, sekiranya kita diuji dengan ujian hidup, kita mempunyai pilihan sama ada nafsu atau iman. Jika kita membiarkan nafsu menguasai diri dan perasaan tidak sabar, maka kalahlah iman. Jika kita memilih iman, maka akan kalahlah nafsu. Sebetulnya, diri kitalah yang harus memilih pilihan yang tersedia ada supaya kita mendapat manfaat yang tinggi.


Untuk kekal bersabar, kita perlu memahami dan melakukan 4 tindakan:
1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah. 
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang dan teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.



Mengapakah kita perlu untuk bersabar?



Supaya kita dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada pelbagai musibah menjadikan kita gundah gulana, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. 


Keadaan ini tentulah akan mengganggu tahap pemikiran kita dan penghayatan dalam kerja ibadah yang kadang-kadang terlalu sukar untuk kita laksanakan. Selain itu, dengan bersabar, mudah untuk kita mencapai kejayaan dan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. 



Perkongsian Jumaat #5 | Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua :)

Mesti ada di kalangan kalian serta diri Mieya sendiri pernah terfikir, kenapa tuhan tak nak bagi apa yang hambaNya minta? Sampai satu tahap, kita akan rasa fed up untuk berdoa. Teruk kan? Tapi... entahlah. 

Dan Mieya rasa mungkin Tuhan ada sebab tak nak bagi apa yang hambanya inginkan, mungkin sebab :

1. Tuhan nak uji hati kita
Orang selalu kata, Allah bagi ujian sebab Dia tahu kita mampu hadapi ujian tu. 

2. Tuhan nak kita lebih bersungguh-sungguh dalam berdoa.
Mungkin kita tak cukup bersungguh-sungguh kot? Sekiranya kita menginginkan sesuatu, kita perlu merintih. Kalau kita tak mampu nak menangis, paling kurang pun kita berpura-pura untuk menangis. Supaya hati kita jadi lembut. 

3. Cara kita seolah-olah mendesak Tuhan untuk tunaikan apa yang kita nak.
Lagipun, siapalah kita ni untuk paksa Allah untuk bagi semua yang kita nak, kan? Ada masanya kita minta ini, tapi yang kita dapat lain. 

4. Tak semua perkara boleh dapat dengan mudahnya.
Nak apa-apa perlukan usaha, kan? Allah nak bagi apa yang kita minta tapi bukan sekarang. Mungkin esok, mungkin tahun depan ke. Yang penting usaha itu perlu ada!

5. Ada sesuatu perkara yang menghalang doa tersebut.
Macam selalu lawan cakap mak ayah ke, mengumpat kawan ke. Dalam tak sedar, kita ada terbuat perkara macam nie.

Sekian sahaja perkongsian jumaat pada hari yang mulia ini. Diharapkan kita dapat mengambil yang keruh dan buang yang jernih darpada perkongsian ini.


Perkongsian Jumaat #4 | Kelebihan Memiliki Iman yang kukuh

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi Jumaat korang :)

Seperti di entri-entri yang lepas, tiada pendahuluan mahupun huraian yang meleret-leret panjang seperti karangan budak SPM iaitu sebanyak 350 patah perkataan. Tiada okey?

Yang ada hanya lah gambar beserta kata-kata hikmah (Quotes) bagi menerangkan sesuatu perkara. Diharapkan kita semua dapat mengambil apa-apa iktibar daripada perkongsian ini. Amin.



Perkongsian Jumaat #3 | Kelebihan Hari Jumaat


Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama islam pada zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pada mereka yang mempunyai isteri bersatu pada malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pada saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur”.

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda “Barangsiapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.

Berjalan ke masjid – adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jalan yang dekat – Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata “Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


Perkongsian Jumaat #2

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :)

Biarkan entri hari nie tanpa ayat pendahuluan yang meleret-leret. Jangan ditanya mengapa? apakah atau  bagaimanakah?

Pada petang yang mulia ini, Mieya biarkan gambar beserta bait-bait perkataan sahaja yang menceritakan kesemuanya. Moga-moga, kita semua dapat memperoleh manfaat daripadanya. Amin.


Salam bertemu lagi kawan-kawan sekalian :)