Beauty Talk Double Cleansing Gel | Review

Assalamualaikum and hai :)

So again, Mieya kembali lagi menaip pada papan kekunci blog setelah menghilang seminggu lebih. Which also means ada banyak entri yang kena ganti. hahaha Nantilah, still kelam kabut dengan pengurusan masa di awal tahun ni. Kerja banyak bertangguh you alls sampai pitam ya ampun tak nak mengadap pc lagi.

And yeah, thanks to Hishop for choosing me to do some reviews. Back to the topics. Mieya tahu, you all girls sangat rajin and of course sangat menitik beratkan dalam menjaga kesihatan kulit masing-masing kan? Kita mungkin terlalu concentrate pada rutin penjagaan kulit harian. Tapi adakah kita membersihkan wajah dengan cara yang betul? Adakah korang yakin, ia betul-betul bersih?

Jangan risau. Mari Mieya perkenalkan korang dengan Beauty Talk's Be'White Double Cleansing Gel. Kenapa 'double'? Haaa..sebabnya Beauty Talk Double Cleansing Gel ni bukan sahaja boleh digunakan sebagai pencuci muka. Malah, boleh juga digunakan sebagai Make Up Remover


Beauty Talk Double Cleansing Gel
Kandungan : 200ml
Price : RM179
Made in : Taiwan

Be'White Double Cleansing Gel memberikan kesan pembersihan yang berganda dalam menghilangkan sisa mekap dan membersihkan liang pori dengan mendalam, meninggalkan kulit yang segar dan halus serta-merta. Selain turut menyeimbangkan penghidratan kulit, mengurangkan keradangan dan melembutkan garis-gris halus.

Kandungan bahan:
  • Iris Florentina Root Extract
Revitalizing anti-aging ingredient that is rich in natural isoflavones to reduces the depth of wrinkles, improves skin hydration and elasticity for an overall improvement in skin tone.
  • Natural Amino Acid 
Natural amino acid gently yet deeply cleanse without aggravating the skin.
  • Subtilisin  
Removes unhealthy and dead skin, dissolves buildup and blackheads.
  • Chamomilla Recutita Flower Extract  
Soothes skin redness and irritation, it also eliminates itchiness and allergic and reduces skin inflammation. It may also prevent bacterial infection.
  • Sodium Hyaluronate 
Rehydrates the skin to stave off dryness and tightness, prepping it adequate for treatment products.
  • Papaya Extract 
Exfoliate dead cells to reduce fine lines and improve skin elasticity, hydrate and treat skin inflammation.
  • Vitamin C 
Provides continual whitening function that not only hinders the development of melanin, but also boosts collagen production.
  • Tranexamic Acid 
Diminishes signs of sun-damage such as dark spots and skin irritations. Restrict melanin formation.
  • Essential Olive Oil 
Nourishes and enhances the metabolic rate of dry skin to prevent fine lines.

Direction to use :
Daily usage - Mix with water to develop into a delicate foam. Massage evenly skin and rinse.

Remove make-up - Dispense the gel into dry hands. Massage onto the face in gentle and circular motion until all make-up is completely removed and rinse with water. Repeat steps for heavy make-up.


My Review :

Mieya betul-betul kagum bagaimana Be'White Double Cleansing Gel berfungsi sempurna untuk untuk kedua-dua keadaan sama ada basah dan kering. Packaging yang sangat simple, mempunyai pam untuk mengeluarkan produk dalam jumlah yang konsisten. 

Malah, ia juga dijamin bersih. Mieya hanya perlu menekan pam ke bawah sama ada sekali atau dua kali untuk menggunakannya. Aroma baunya juga wangi serta mudah untuk digunakan. Tak perlu mengambil masa yang lama untuk membersihkan muka lagi.

More info go to :
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
**Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

Don't forget to key-in coupon code "NORAMIRAH" upon checkout to enjoy an exclusive rebate of 15% :D :D 

Powerbank, Keperluan Masa Kini

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang ni kan, rasa macam handphone cepat benar kehausan tenaga baterinya. Walaupun dah tutup aplikasi serta kurangkan kadar pencahayaannya. Namun begitu, bateri tetap tak boleh tahan walau cuma 24jam. Lain lah kalau handphone 3310 tu, bateri boleh tahan berpuluh-puluh jam kan?

Lagi-lagi sekarang ni kan, zaman teknologi serba canggih semuanya. Nak Instagram satu hal, nak check email lagi, nak hadap facebook, wechat, whatsapp apa lagi  nak guna camera phone snap moment for kenang-kenangan. Sekejap je bateri dah weak kan. Kiranya, handphone dah jadi benda paling penting buat semua manusia di muka bumi ini.

Nasib baiklah sekarang ni dah ada benda canggih seperti powerbank ni. Powerbank sangat membantu pada era manusia terkejar-kejar dengan dunia sosial network sebegini. Ibaratnya dah macam nyawa kedua handphone kita, buat backup kecemasan bila bateri handphone dah nak habis.



Sebab takut terbeli yang ciplak punya, tu yang terus grab Powerbank Samsung tu. Siap ada warranty setahun lagi tau. hehehe  Lagi best bila phone kita dah fully charged, dia akan stop charging. Jadi tak ada lah sampai bateri phone kita over-charged. 

Nak2 sekarang ni dah ketagih main game "Clash of Clans" dekat handphone, bila dah ada powerbank ni senang kerja. Tak payah nak susah-susah mencari charger dan plug. Masuk je cable dan tunggu sampai bateri penuh. Alhamdulillah, dah hampir setahun menggunakan power bank ni, so far tiada apa-apa masalah pon. Banyak dah jasa powerbank ni kepada Mieya.

P/S : Ni pun rasa macam tak cukup satu powerbank. Sebab yelah, handphone dah ada dua bijik. Satu for personal matter dan lagi satu untuk urusan kerja. Fuhhh, ini bukannya kehendak tapi keperluan ye.

Duit Bonus, Mahu Buat Apa?

Assalamualaikum wbt dan salam sayang February semua :)

Tahun baru, semestinya ramai yang dah siap-siap prepare checklist azam yang ingin dicapai sepanjang tahun ni kan? Oleh sebab, hajat di tahun-tahun yang lepas masih banyak yang belum tercapai lagi (salah satunya, nak simpan duit setiap bulan dalam bank simpanan.) Dan yang kedua, nak jadi blogger dan bussinesswoman yang boleh menjadi kebanggaan keluarga. Masa serta disiplin yang tinggi merupakan kunci utama yang perlu dititik-beratkan.

Kalau last entry pon dua bulan yang lepas. Second last entry pon sama jugak, 1-2 entry tanpa input/informasi yang berguna. Agak-agak, boleh ke nak jadi blogger yang berjaya? -.-"


Tapi tak dinafikan lah, sebab sekarang ni Mieya agak sibuk dengan urusan kerja di pejabat, sibuk menguruskan online shop lagi. Macam-macam kerja yang perlu ditangguh di rumah atas alasan takde internet. No i mean, internet for PC/laptop.

Sebab dulu online guna broadband, sekali broadband ada problem sampai tak boleh dibaca oleh sistem komputer.
Tu yang terus patah hati, dengan penuh emosi pi terminate line broadband tanpa berfikir dua tiga empat kali lepas ni nak online macam mana. hahaha

Lepas tu, Mieya plan nak Sign Up wifi pulak. Tapi itulah, kita cuma merancangkan... Akhirnya terbeli smartphone baru siap lengkap dengan line 4G & LTE. Kononnya, senang la lepas ni, nak update entry baru ke, tak pun nak buat artikel masa on-the-way nak jalan-jalan pun dah takde hal lagi dah. Tapi kesudahannya, hanyut dibuai ombak. Update blog entah ke mana, online facebook/main game aje memanjang. 



Okey, kembali semula kepada topik kegemaran ramai di awal tahun ni.. Bonus yang kebiasaannya dibayar pada awal tahun sebelum Chinese New Year, tapi ikut company jugak lah kan?

Bonus for me adalah sebagai ganjaran daripada company atas usaha dan penat lelah kita bekerja sepanjang setahun bekerja. Tapi yang paling Mieya pentingkan ialah INCREMENT (kenaikan gaji). Yalah, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, banyak nak pakai duit kan?

Lain orang, lain caranya nak gunakan duit bonus ye tak? Ada yang gunakan duit bonus untuk melabur dalam ASB, ada yang gunakan duit bonus untuk makan angin, ada yang gunakan duit bonus untuk simpanan, ada yang gunakan duit bonus untuk beli gadget yang diidam-idamkan, ada yang gunakan bonus untuk buat majlis kenduri kahwin. dan bermacam-macam lagi. Tapi kalau ada rezeki lebih jangan lupa berzakat atau bersedekah pada orang lain. Nanti barulah rezeki lagi murah. In Shaa Allah... 

Macam Mieya, bonus bagi tahun 2014 Mieya telah gunakan untuk membeli smartphone. Tapi bagi tahun 2015 ni pula, Mieya telah gunakan untuk membeli cermin mata serta menukar cincin dan gelang emas kepada yang baru. Selebihnya, maybe Mieya akan gunakan untuk sign up internet. Inshaallah.


 Mieya just tambah RM450 selepas trade in yang lama. Kira berbaloi lah. 
Tahun depan boleh melabur lagi ^^

Kalau diikutkan plan asalnya, memang nak simpan duit bonus ke dalam bank. Tapi Mieya sedar bahawa diri ini bukanlah bijak dalam mengawal perbelanjaan. Pantang nampak sales and diskaun sikit, terus mood shopping tu turn on. So, melabur dengan emas adalah pilihan yang tepat bagi spesies macam Mieya ni. Kira macam self reward untuk diri sendiri.

Apa-apa pun, sebenarnya pemberian duit bonus ni antara satu kelebihan dan rezeki yang Allah bagi, asalkan kita tak salah gunakan sudah lah kan? Apa yang penting jangan riak, jangan takbur, jangan nak bangga sangat bila dapat bonus ye tak? Rezeki tu kalau Allah nak tarik bila-bila masa pon boleh. Jadi, hidup perlulah sentiasa beringat.  Nak hala ke mana duit bonus, itu pilihan dan cara masing-masing.