Perasan tak dah lama blog ni terdiam sepi tanpa sebarang update apa-apa entri. Banyak sangat berfikir nak lengkapkan wishlist 2014 yang bakal berakhir tak lama lagi, sehingga kan akhirnya tak terbuat apa-apa pun.
Lagi-lagi bila dah berada di penghujung tahun ni, faham-faham sahaja lah banyak urusan yang perlu di settle kan. Tapi sejak dah terjebak mendownload game pada bulan lepas, banyak urusan jadi tertangguh. Contoh yang paling jelas ketara, update blog lah. hahaha
Memang betul game merupakan antara aplikasi yang boleh menghilangkan stress atau mengisi masa lapang seseorang individu. Tapi tahu tak, ia juga boleh buat kita leka dan addicted sesangat.
Clash Of Clans. Rasanya, tak perlu lagi Mieya perkenalkan dengan lebih details pasal game ni. Majoriti pengguna smartphone, baik lelaki atau perempuan..mesti ada yang ketagih gila dengan game coc ni. Percaya lah, sekali anda salah tekan button download game COC ni maka anda akan terjebak dengan Virus Clash Of Clans (COC).
Imagine Mieya start install game ni awal bulan November sehingga lah ke hari ni, still bersemangat main Clash Of Clans dok attack war tanpa henti. Hari-hari busy nak upgrade base bagi defense kuat sikit.
Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak, selamat mencuba game Clash Of Clans! Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab anda. Hehehe.
4 comments:
Macam teringin tapi nampak macam boring sikit hehehe, nanti nak cuba lah
eish!
tula, ada gak mebe addicted dgn coc ni
best ke? haha
mlas nk try
tkot terjebak jgk ..hehehe
Nasib baik saya tak download lagi, kalau tak, mesti dah addict macam awak.. hihi
Pernah tengokk kawan main nampak macam best je.. oh my!
jemput singgah, http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html
Post a Comment