Cinta Monyet, mampu bertahankah?

CINTA MONYET atau PUPPY LOVE.

Kita sering kali terdengar perkataan ini diutarakan sama ada melalui kawan-kawan, orang di sekeliling mahupun diri kita sendiri. Tapi, apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik makna perkataan ini?

Cinta monyet. 

Istilah yang membawa maksud perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan yang wujud ketika di alam remaja. Dua patah perkataan ini membawa makna yang begitu mendalam sekali bagi mereka yang pernah merasainya.

Ya, setiap orang pasti akan mengalami cinta monyet.

Walaupun hanya bersifat sementara, tapi kadang-kadang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita yang akan datang. Sama ada membawa ke arah positif ataupon negatif, Mieya sendiri pon  tak dapat nak pastikan kesahihannya. Bergantung kepada cara penerimaan kita.

Percaya tak, kalau Mieya cakap, cinta monyet ini tidak boleh menjamin kebahagiaan?


Kenyataan ini menjadi benar . . .
sekiranya cinta yang dijalinkan putus ditengah jalan atas alasan bercouple sekadar untuk suka-suka mengisi masa yang terluang atauuu salah seorang daripada pasangan monyet bahagia tersebut tidak lagi bahagia..

Hal ini mungkin kerana monyet tersebut telah pon terlanjur mencintai monyet lain yang lebih gojes atau jauh lebih kacak daripada pasangannya. **ishh, tak sangka pulak monyet ada yang kacak dan gojes belaka.


Kenyataan ini akan menjadi tidak benar . . .
Sekiranya wujud pasangan cinta monyet yang bahagia hingga ke jinjang pelamin.
tapiii, sedikit sahaja yang sampai ke hujung hayat kerana yang selebihnya hanya bahagia dalam masa setahun dua. dan selepas itu berduyun duyun meringankan kaki mereka melawat ke mahkamah syariah untuk bercerai.

Jadi, mana satu cinta monyet korang ???


Cuba kau orang bayangkan, betapa seronoknya kalau bercinta daripada zaman sekolah then melanjutkan pelajaran sama-sama kemudian kahwin sama-sama, makan sama-sama, warna baju sama-sama, gaduh pon sama-sama, pendek kata semuanya nak bersama-samalah. Pasangan sehati sejiwa lah katakann.

Tapi persoalannya, ada ke pasangan yang boleh bertahan lama dalam perhubungan mereka nie? 

Kalau ada tu, alhamdulillah lah. Tapi kebanyakannya yang Mieya perhatikan, ramai orang bercinta macam bertukar baju. Sekejap-sekejap dengan orang nie, esok lusa pulak dengan orang tu pulak. Apa kes nya nie?

Mungkin mereka-mereka yang berkelakuan sebegini selesa bertukar-tukar pasangan. dan mungkin juga mereka rasa mereka patut menggunakan masa single mereka dengan sebaik mungkin. Nak enjoy lah katakan.

Tapi cuba kau fikir, 
kalau nak mengenali hati budi seseorang tak salah pon kalau korang cuma berkawan dahulu kan?

Wordless Wednesday #5


it's just because


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Perempuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan

Actually kan, Mieya nak tanya pendapat korang sikit. Kenapa ramai orang suka tangkap gambar dalam toilet ehhh? Mesti korang pelik bukan, kenapa Mieya bertanyakan soalan seperti nie? and mesti ada yang akan cakap, takkan lah kau tak pernah buat cik Mieya oiiitt?

Sejujurnya, Mieya dah lama tak berbuat perkara yang sedemikian rupa.

Sebenarnya kan, beberapa hari yang lepas, Mieya ada ternampak beberapa profile orang kat facebook. So, Mieya pun tengok lah satu persatu gambar 'orang' tersebut. Nasib baik lah dia tak private-kan gambar dia. Dapatlah Mieya tengok satu persatu gambar 'orang' tersebut..

Mieya akui, 'orang' tersebut memang hot gila babeng. Tapi, tetibe pulak Mieya terperasan satu benda,

"Weh, apahal lah banyak sangat gambar 'orang' nie kat dalam toilet?"
"takkan dia nie lahir dalam toilet kot."


Sebenarnya, memang ramai 'orang' yang suka tangkap gambar dalam toilet bukan? Tak percaya, cuba usha profile kawan-kawan kau kat Facebook. Mesti bersepah gambar mereka kat dalam toilet, bukan? Hampir 80% (atau lebih) 'orang' ada gambar pose dalam toilet.

Jadi, hari ini Mieya mahu berkongsi akan hasil kajian Mieya sendiri tentang sebab-sebab perempuan suka tangkap gambar dalam toilet.



1. Cermin yang besar
Perempuan, make-up dan cermin merupakan tiga elemen yang tak boleh dipisahkan sejak azali lagi. Jika dipisahkan, maka pincanglah irama dan lagu. Niat perempuan masuk ke toilet tidak semestinya ingin 'menunaikan hajat', kadang-kadang mereka masuk ke dalam toilet sebab nak membetulkan make-up. Selepas betulkan make-up, perempuan terasa diri mereka lawa ataupun "Tak pernah aku make-up se-perfect ini. Tangkap gambarlah."  


Satu lagi sebab, cermin toilet besar. Besar diniding rumah. Dekat rumah, cermin untuk make-up cuma boleh nampak muka sahaja, dekat toilet, boleh nampak sampai ke pinggang. Boleh nampak baju baru yang perempuan tu baru beli. Sebab tu cermin toilet disayangi oleh para perempuan.



2. Mengisi waktu lapang
Perempuan kalau keluar ke shopping complex, mesti keluar dengan balak ataupun kawan. Dan perempuan biasanya pergi toilet secara beramai-ramai, kecuali kalau dia keluar dengan balak lah. 


Kalau perempuan keluar secara all-girls group, walaupun seorang saja yang berniat nak membuang air kecil, semua ahli kumpulan kena masuk ke toilet bersama.  Sedang yang seorang tu sedang enak 'menunaikan hajat', yang lain-lain pun ambillah peluang untuk bergambar dalam toilet. Takkan lah nak terpacak saja dalam toilet itu kan? Barulah urban tangkap gambar dalam toilet. 



3. Lebih privacy
Tak semua perempuan suka mengambil gambar atau dilihat mengambil gambar di depan orang ramai. Ada perempuan yang takut dicop oleh lelaki sebagai perempuan stereotype kerana suka bergambar (kebanyakan perempuan adalah gila kamera sekarang nie.. 


Mieya tak kisah kalau perempuan cam-whore, tapi Mieya kisah kalau lelaki cam-whore).  Sebab itu, cara untuk cover perbuatan itu adalah dengan menangkap gambar dalam toilet. Tiada siapa yang nampak kecuali perempuan dalam toilet dan mak cik cleaner.



4. Mudah mendapat mood dan feel
Ada sesetengah perempuan yang kalau nak bergambar, dia kena ambil mood dulu. Toilet bagaikan satu dimensi lain bagi perempuan. Dengan keadaan yang penuh dengan pencahayaan, banyak cermin dan suasana yang tenang - dan mungkin ada sedikit bunyi suara tengah meneran ketika 'menunaikan hajat' - toilet memang tempat paling sesuai untuk mendapatkan mood. haha,, Tapi kalau dapat toilet yang busuk, jangankan mood saja yang hilang, kemungkinan untuk hilang selera selepas itu juga agak tinggi.


Sekian sahaja kajian tangkap muat Mieya kali ini. Kalau ada yang terkurang, sila tambah di ruangan komen. Terima kasih :)

Jatuh cinta tidak bermakna anda dapat memilikinya


Assalamualaikum wbt kalian :)

Entri kali nie mungkin berbaur lebih jiwang daripada karatnya. Jadi, sila tinggalkan blog ini dengan cara bergolek-golek ke belog anda sekarang jika anda bukanlah seorang yang jiwang dan pemuntah tegar.


Sebabnya, entri ini berkemungkinan besar mengandungi ayat-ayat cinta yang begitu sadis dan tragis sekali. Tetapi jangan risau, ia tidaklah bahaya mana pon.


Mieya pasti, Ramai diantara korang yang pernah ter"admire" dekat seseorang secara diam-diam kan. elehhh, masih tak nak mengaku lagi pulak tuuu.  Tapi. . .



Sedarkah kalian,
Orang yang jatuh cinta diam-diam acapkali bertindak bodoh.
Bermimpi akan menjadi seseorang yang istimewa untuk seseorang yang ia cintai.
Berharap dengan segala harapan yang ia ciptakan sendiri,
dan pada akhirnya disakiti oleh harapannya sendiri.
Mencuri-curi pandang dengan mengharap seseorang itu akan melihatnya, 
namun, ketika seseorang itu melihatnya ia mengalihkan pandangan dan berpura-pura tidak pernah melihatnya.
Bahkan untuk menyapa atau berkenalan pun ia tidak mengerti bagaimana cara yang baik dan benar.
Orang yang jatuh cinta diam-diam tahu bagaimana sifat peribadi seseorang yang ia kagumi,
Meskipun ia belum pernah berbicara..
Orang yang jatuh cinta diam-diam mengisi catatan atau diarinya 
dengan menuliskan puisi, memenuhi note nya dengan tulisan-tulisan nama orang tersebut, 
atau mempunyai sebuah kotak rahsia…dimana, disitu tergambar potret-potret orang yang ia kagumi.
Orang yang jatuh cinta diam-diam seperti mata-mata 
mereka hanya akan mengikuti jalan dan alur cerita hidup orang yang ia kagumi.



Jatuh cinta secara diam-diam tak semestinya korang akan memilikinya.. Ya, memang benar sekali.. 



  • tapi kita dapat memiliki kenangan. 
Kenangan kenangan yang pernah membuat kita merasa seronok, bersemangat, menanti. Bukan ke kita memiliki kenangan dengan imej insan tersayang tu dalam kenangan kita tu. Kenangan tu pun cinta jugak.


  • kita dapat memiliki kekuatan dari cinta itu untuk teruskan hidup kita. 
Kekuatan yang sukar dijelaskan dengan kata kata. Tapi, percaya lah kekuatan itulah yang membuatkan kita akan lebih faham tentang rentak cinta kita di masa akan datang. 


  • Kita jugak mampu berubah jadi lebih baik
bila dah tak bersama, InsyaAllah kita akan still baik. Kalau bertambah baik tu lagi la bagus. Hehe.. 


Wordless Wednesday #4

Doa dipermudahkan segala urusan

My attitude has always been if you get better and you see success, that should motivate you to work even harder.


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Wordless Wednesday #3


Quote of the day :

"Siapa kamu pada hari ini akan menentukan siapa kamu pada hari esok"




Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

tips menulis blog di kala sibuk


Orang sibuk yang dimaksudkan adalah anda sebagai blogger dan kedua adalah pembacaKedua-duanya mempunyai satu ciri persamaan, di mana mereka sukakan benda-benda yang ringkas dan cepat.

Maka, sebagai blogger yang sibuk, korang digalakkan untuk menulis artikel yang pendek sahaja. Sebabnya, pembaca-pembaca yang sibuk akan tetap melawat blog korang pada setiap hari walaupun hanya sekadar 1-3 minit sahaja.

Selain itu, korang juga boleh mempraktikkan tips-tips seperti berikut :
Tip 1: Jika korang mempunyai artikel yang panjang, jadikan ia beberapa siri.
Tip 2:  menulis dalam bentuk point.
Tip 3: Letak gambar beserta penerangan. Pepatah mengatakan, “sekeping gambar mempunyai 1000 erti”.

Manakala, bagi blogger yang ada banyak masa pula, tidak semestinya korang perlu menulis artikel yang panjang di blog. 





Ingat ye kawan-kawan, 
walaupun korang ada banyak masa, namun para pembaca tidak semestinya banyak masa juga. Jadi, kalau boleh korang selang-selikan penulisan korang dengan artikel pendek.


Semoga para pembaca akan terus kekal setia untuk membaca tulisan-tulisan kita.
Selamat mencuba dan diharapkan tips kali nie dapat membantu korang semua :)

Bilakah masa yang sesuai untuk bercinta?

Assalamualaikum wbt readers. 


Oh thanks God, I'm back from the trial exam.. Finally dapat membicarakan sesuatu lagi.. Dah hampir dua tiga hari tak berblogging, bukan tak nak blogging tapi malas nak blogging. Baca post orang lagi nikmat daripada menaip post sendiri.. I don't know why but this is so true. Try you sign up blogger then cuba rasa sendiri. Hihi


Tiba-tiba pula hari nie Mieya terasa nak jadi doktor cinta tak berbayar. Hehehe. Nampak gediksss kan disitu.. Bukannya apa, sebab sekarang nie Mieya tengok bukan main lagi orang dok couple sana sini.. Budak-budak sekolah rendah pun dah pandai nak bercouple bagai. Terkejut Mieya tau bebudak kecik ada bf/gf. Alahaii dah matured ke dik nun oi?

Kadang-kadang orang ingat couple nie macam trend. 





Kalau takde bf/gf kau tak hot lah konon-kononnya =,='  Tapi bila dah ada bf/gf amboi bukan main lagi ke hulu ke hilir nak heboh kat dunia 'Weh tengok lah bf/gf aku ni' alahaii. Perasan tak, kadang-kadang lagak budak-budak yang bercouple nie over pula macam orang dah kahwin. Haiyaa T__T

Nak bercouple pun kena ada masa yang sesuai juga.. Takkan lah umur 8 tahun kau dah nak couple. Aiyoyo. Jadi, bila masa yang sesuai untuk kita bercouple?

  • Niat korang untuk berkahwin dengan pasangan bukan nak suka suki je atau nak berseronok just untuk melayan nafsu atau perasaan jee
  • Dah lepas segala ilmu2 fardhu ain yang dapat membimbing pasangan korang ke jalan yang benar dan mempunyai pekerjaan yang tetap bukan someone yang lemah ilmu fardhu ain, yang jenis pengangggur, main gitar kat tepi-tepi jalan dan suka merempit yaww. Laki macam nie memang tak payah buat laki la girls.
  • Korang dah ada kekuatan untuk tak terlibat perkara-perkara yang membawa kepada dosa bukan orang yang jenis tak boleh kawal nafsu dan suka suki nak buat perkara-perkara negatif yang boleh menghancurkan hidup.
  • Dah pandai jaga solat, berpuasa dan sentiasa meningkatkan keimanan dalam diri bukan nye yang tak reti sepatah habuk. Ucap kalimah syahadah pun tersekat-sekat. Solat jarang-jarang, puasa pun. Hmmm


okey la, cukuplah tu nasihat daripada penceramah yang tidak bertauliah seperti Mieya nie.. Hope korang renung-renungkan dengan sedalam yang mungkin. 

Mieya ingin meminta maaf andai kata ayat atau perkataan yang terkeluar telah mengguris hati kalian secara tak sengaja.. Takde niat pon, cuma untuk menyedarkan diri sesama manusia..