Kecewakah aku?

Assalamualaikum dan selamat membaca kawan-kawan sekalian :)

Kebiasaanya, ramai orang akan lebih bercerita mengenai kejayaan mereka jika dibandingkan dengan kegagalan. Tapi, tidak bagi Mieya. Sebabnya, dengan menyuarakan kegagalan lah kita dapat menambahkan semangat kepada diri kita untuk terus maju ke hadapan.

Erti gagal berdasarkan pengetahuan Mieya ialah apabila sesuatu yang kita hajati tetapi tak dapat mengecapinya. Contohnya, apabila Mieya sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak berhasil, sudah tentu akan hadir pelbagai perasaan yang menyelubungi diri sendiri kan?

Tapi, kali nie Mieya nak cerita mengenai  perasaan yang SUKAR bagi diri Mieya untuk diluahkannya dengan kata-kata.. Hanya tulisan sahaja yang dapat menterjemahkannya.

perasan A- kecewa kerana mendapat markah terendah
perasaan B -  kecewa kerana putus cinta.

Seriously, jika dibandingkan antara dua perkara di atas nie, Mieya akan pilih perasaan A kerana amat bersesuaian dalam menggambarkan betapa down nya Mieya di saat nie. Mieya tengah sedih plusplus tersangatlah kecewa dengan markah Add Math yang baru Mieya terima tadi.

Mungkin ada hikmahnya mengapa Mieya sering gagal dalam matapelajaran nie.
Dan antara sebab-musabab yang dapat Mieya rumuskan mengenai penyebab kegagalan Mieya ialah :

Asas MATEMATIK yang lemah
Seriously, cikgu Fizik Mieya pon turut menyedari akan kelemahan kita orang yang satu nie.. Tapi nak buat macam mana kalau diri sendiri pon kuang memahami kehendak soalan kan?


Tidak menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh
Sebagai contoh, korang tidak menjawab soalan serta hanya mengembalikan kertas kosong kepada guru korang.. eheh, itulah perkara yang sering Mieya lakukan bila tak ingat jalan kerja untuk menjawab soalan tersebut.


Tersalah tekan kalkulator
Bunyinya macam kelakar. Tapi itulah yang sering berlaku apabila Mieya kekurangan waktu untuk menjawab soalan yang diberikan..


Sebenarnya ada banyak lagi sebab-musabab yang sepatutnya Mieya list kan. Tapi, memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan di kala ini.. Maka, senarai tersebut terpaksa Mieya abadikan ke dalam laci.. :D

Haisyyy, Mieya pon dah tak tahu nak buat apa dah lepas nie.. Nak kata Mieya tak minat dengan subjek nie, nampak sangat lah menipunya.. Soalan-soalan tahun lepas pon Mieya dah cuba buat tapi masih lagi tak dapat nak membantu Mieya untuk mendapatkan gred lulus..

Homaigod, SPM makin hampir. 
Sempat lagi ke Mieya nak meningkatkan prestasi matapelajaran Add Math Mieya nie? 

3 comments:

nooghulegha said...

semua orang yg berjaya itu pernah gagal. jgn putus asa dear. chaiyok2 ^^,

Unknown said...

thank you sis !

Faz Yaakub said...

Masa sekolah dulu pun...x suka add math...selalu fail..nasib lepas SPM...Tapi, bila dah ambil engineering ni..terpaksalah mengadap jugak...best kira2 dr teori...hehe