Cara Tingkatkan Trafik Blog Dalam Sehari

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat, penghulu segala hari buat semua :)

Sebagai blogger... bila melihat trafik blog kita mendatar dan tidak mencapai hits seperti yang kita kehendaki , apa yang biasa korang lakukan

Adakah korang akan ping entri-entri lama di laman sosial? Adakah korang akan teruskan aktiviti blogwalking seprti berbalas komen seperti biasa? Atau mungkin juga korang malas lalu mula berputus asa untuk blogwalking?

Ini lah masalah yang sering membelenggu diri kita semua sebagai blogger, iaitu trafik. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengubahnya (trafik blog) ? Takkan nak biarkan sahaja blog tanpa ada sebarang perubahan yang mana boleh menaikkan lagi motivasi untuk terus kekal aktif berblogging..

Haaa.. ini lah yang Mieya nak kongsikan dengan korang antara rahsia "try and error" yang telah Mieya lakukan selama beberapa bulan nie. Antara rahsianya ialah.....



sebab Mieya buat live blogging untuk entri semalam mengenai Majlis Akad Nikah antara Adam AF dan Fiza Elite. Ini menyebabkan trafik hour blog Mieya meningkat naik berganda-ganda.

Korang pon boleh jugak update entri pasal drama berantai ke, rancangan tv secara live ke, atau apa-apa sahaja yang menjadi kesukaan orang ramai untuk mencarinya di laman carian.


Actually.. Kalau korang perasan lah kan. Mieya jarang menghupdate pasal berita semasa sama ada mengenai dunia hiburan mahupun isu-isu yang berlaku disekeliling kita dalam blog ini.

Sebab apa...? Errr.. Sebab Mieya malas nak menaip.. hihihi takde lah. Kadang-kadang tu sebab kesuntukan masa, tak ada mood nak update blog, atau paling-paling pon sebab mati kutu tak tahu nak cerita apa.

hahaha.. Common problem yang biasa dihadapi oleh para blogger di seluruh dunia. Sesekali pon, korang akan hadapi situasi yang sama jugak kan? :D