Mengenali Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang mendung semua :)


Sebagai peringatan bersama, maghrib ini (4 Julai 2012) akan tibalah 15 Syaaban 1433H iaitu malam nisfu Syaaban. Ini menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. 


Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Malam nisfu Syaaban? Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada hari tersebut.


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah




Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
  • Bertaubat

P/S : Klik sini untuk mengetahui Doa Nisfu Syaaban :)