Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Umumnya, cicak dalam Bahasa Arab dikenali sebagai wazgah, manakala dalam istilah Inggeris ialah lizard.
Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.
Hukum makannya: Tentulah haram.
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah.
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah.
Dalilnya:
1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ni. Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan Muslim)
2. Nabi s.a.w bersabda:
(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'abah.(HR Tobrani)
Sebab perlu dibunuh:
1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda menyatakan sebabnya:
(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api tu besar kepad Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).
2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w brsabda:
(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang cikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dengan 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah menyatakan sebab kepada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang.
Nabi bersabda:
(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim)