Setelah manusia lain di abad ini sudah selesai bertukar-tukar pandangan mengenai blog masing-masing kat segmen spontan bersama Ben Ashaari semalam. Hari nie, giliran Mieya pulak terkedek-kedek membelek satu persatu blog. itu pon belum lagi selesai.
Nak kata penat, tidak. Tapi, jemu ada lah. ya, jemu menunggu waktu yang diambil untuk loading satu persatu blog. Ada yang dah 5 minit tunggu pon masih lagi belum terbuka, ibaratnya macam tak mahu dengar kata-kata pedas daripada Mieya gamaknya. Jadi Mieya turutkan hati, terus tekan butang X. Haha dasar kejam! Begitu juga mereka yang macam nie.
Begitu juga dengan orang yang tak pernah terjah serta membalas balik komen ke blog Mieya setelah tiga, empat segmen yang kita sertai bersama. Jangat ingat kalau follower dah beriban kau boleh buat sesuka hati kau aje. At least hargailah usaha orang lain jugak.
Join segmen itu segmen ini, reti. Tapi bila orang komen blog kau, kau buat tak reti aje nak membalasnya. Hanya harapkan orang lain untuk terjah ke blog kau je, sedangkan kau hanya memandang begitu aje. Langsung takde perasaan nak balas komen yang diberikan kembali. Siapa je yang tak fed up kan.
Okey, Mieya tak nak lah menuding jari pada sesiapa kan. Ibaratnya macam nie, siapa yang termakan cili dialah yang akan rasa pedasnya.
Dah, sekian dahaja entri edisi sentap nie. Tetiba terasa kepuasannya setelah sekian lama memendam rasa tak puas hati nie.
P/S : Korang tak nak cuba ke buat entri sentap macam nie?