Perkongsian Jumaat #5 | Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua :)

Mesti ada di kalangan kalian serta diri Mieya sendiri pernah terfikir, kenapa tuhan tak nak bagi apa yang hambaNya minta? Sampai satu tahap, kita akan rasa fed up untuk berdoa. Teruk kan? Tapi... entahlah. 

Dan Mieya rasa mungkin Tuhan ada sebab tak nak bagi apa yang hambanya inginkan, mungkin sebab :

1. Tuhan nak uji hati kita
Orang selalu kata, Allah bagi ujian sebab Dia tahu kita mampu hadapi ujian tu. 

2. Tuhan nak kita lebih bersungguh-sungguh dalam berdoa.
Mungkin kita tak cukup bersungguh-sungguh kot? Sekiranya kita menginginkan sesuatu, kita perlu merintih. Kalau kita tak mampu nak menangis, paling kurang pun kita berpura-pura untuk menangis. Supaya hati kita jadi lembut. 

3. Cara kita seolah-olah mendesak Tuhan untuk tunaikan apa yang kita nak.
Lagipun, siapalah kita ni untuk paksa Allah untuk bagi semua yang kita nak, kan? Ada masanya kita minta ini, tapi yang kita dapat lain. 

4. Tak semua perkara boleh dapat dengan mudahnya.
Nak apa-apa perlukan usaha, kan? Allah nak bagi apa yang kita minta tapi bukan sekarang. Mungkin esok, mungkin tahun depan ke. Yang penting usaha itu perlu ada!

5. Ada sesuatu perkara yang menghalang doa tersebut.
Macam selalu lawan cakap mak ayah ke, mengumpat kawan ke. Dalam tak sedar, kita ada terbuat perkara macam nie.

Sekian sahaja perkongsian jumaat pada hari yang mulia ini. Diharapkan kita dapat mengambil yang keruh dan buang yang jernih darpada perkongsian ini.