Showing posts with label Buat Duit Dengan Blog. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit Dengan Blog. Show all posts

Cash Out Nuffnang Kali Ketiga

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk cash out Nuffnang buat kali ketiga setelah memeram hasil blogging selama lebih kurang tiga bulan.

Satu jangka masa yang sangat singkat. Selalunya dekat enam bulan hingga setahun baru dapat cash out. Tapi kali ini, alhamdulillah. Nikmat rezeki pemberian Allah S.W.T


Sekarang ini, earning Nuffnang kembali kepada asal, iaitu "0" kosong. Manakala, masih ada satu CPUV yang masih berlegar-legar di sekeliling blog.

Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi berbagai-bagai jenis iklan CPUV dan CPC yang menarik. Terima kasih kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada blog Mieya.


Masa Untuk Cashout Nuffnang !

Assalamualaikum :)

Hari ini merupakan minggu akhir dalam bulan Februari. Kurang dari 48 jam lagi, kita bakal bertemu di bulan yang baru. Masa yang sangat sesuai untuk cashout earning Nuffnang, setelah hampir beberapa bulan bertungkus-lumus menanti dengan penuh sabar.



Memandangkan Buffered Earning dari Amway Nutrilife yang berlangsung dari tahun lepas, telah pon bertukar status dan dikreditkan terus ke akaun Nuffnang Mieya. Maka, seperti yang dijanjikan.. Akhirnya Mieya cashout juga.

Jumlahnya, takde lah banyak. tapi, cukuplah kalau nak bayar duit broadband Maxis selama sebulan setengah. hikhik Alhamdulillah, bagi blog biasa macam Mieya nie, cukuplah tu.



Fuhhh. kembali kepada RM0.00 !



My First Cheque From Nuffnang

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog Mieya Atiera :)

Alhamdulillah. Buat pertama kalinya Mieya dapat merasa cek Nuffnang setelah hampir setahun setengah bersama dengan Syarikat Nuffnang dalam arena dunia blogging.

Mula-mula, Mieya tak pasti sama ada cek Nuffnang kali nie akan sampai ke rumah atau tak. Tapi bila dapat payment advice nie, barulah Mieya faham.


Bukan apa, sebelum ini Mieya pernah alami masalah sewaktu urusan cashout, di mana permohonan untuk cashout telah ditolak. Dan alhamdulilllah, kali nie takde apa-apa masalah. Maklum sahaja, baru pertama kali nak merasa duit Nuffnang tau. Bertahun sabar menanti. Hihihi.



Segala puji bagi Allah atas rezeki ini. Terima kasih Nuffnang yang telah mengepos cek duit raya ini. Diharapkan dengan cek Nuffnang yang pertama ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Mieya untuk berblogging lagi.

Insyaallah.