Sana sini blogger bercerita pasal Google Page Rank blog kepunyaan masing-masing. Tak kira lah sama ada di Facebook, entri di blog sendiri, mahupun blog orang lain. Semuanya riuh dengan cerita masing-masing.
Last Mieya check Google Page Rank Blog Mieya adalah pada hujung tahun lepas. Itupon cuma mencapai angka 1/10. Sobsobsob T.T Walaupun time tu masih lagi tak faham apakah fungsi Page Rank ni, tapi tetap maintain sedih jugak.
Kalau korang perasan lah.. ramai di kalangan kita yang menggunakannya. Tapi tak tahu bagaimana ia berfungsi. kan?
Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PageRank bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10.
Maksud Dan Fungsi Pagerank (PR)
Maksud – Pagerank adalah sesuatu kayu ukur kepercayaan kualiti sesebuah blog yang di anugerahkan oleh google setelah melihat kriteria yang di tetapkan untuk menilai sesebuah blog.
Kiraan Pagerank – Semakin besar jumlah pagerank yang di berikan google, maka semakin bernilai dan mendapat kepercayaan blog tersebut daripada google. Hitungannya dari PR0 hingga PR10 sahaja.
Fungsi – Macam aku jelaskan tadi nilai pagerank adalah kayu ukur kepercayaan kualiti sesebuah blog. So dalam hal ini, pada SERP google artikel-artikel blog yang memiliki PR tinggi akan mudah mendapat posisi yang baik dengan mudah jika kena caranya berbanding blog PR rendah.
Contoh : Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PageRank 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular di mana sering dilayari oleh pengguna internet. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PageRank 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain.
Dalam persaingan itu, blog yang memiliki PR lebih tinggi akan dianggap lebih penting dan lebih diberikan kepercayaan di posisi yang lebih baik pada search engine google. Namun ini tidak bermakna blog yang memiliki PR rendah tidak boleh mengatasi blog PR tinggi jika kita ambil tahu kriteria SEO yang berkaitan dengan kehendak google.
Bagaimana nak check PR website kita ?
Kita boleh melihat PageRank blog ataupun website, dengan menggunakan Google Toolbar ataupun perkhidmatan penyemakan PR seperti PR Checker.
Berapa Page Rank budakshumort.blogspot.com ?Setelah sekian lama menunggu, akhirnya blog ini sudah berpage - rank 2. Alhamdulillah, satu usaha yang boleh dibanggakan walaupun semakin jarang menaip entri. Kalau sebelum ni berada di PR 1, kini sudah ke PR 2.
So, lepas nie. Kena lah pertingkatkan momentum blog lagi. Rajin-rajin kerah idea untuk update entri yang lebih bermanfaat lagi. Tak boleh malas-malas sangat !
3 comments:
tahniah, naik.. =) ekceli kita pun masih blur2 jugak pasal PR ni
Saya check pagerank saya 0 :(
Nur xde google rank ni....
Post a Comment