Takde Mood

Assalamualaikum.


Hmm.. tetiba rasa macam tak ada mood nak pergi kerja esok. Oh tidak!!! Adakah ini bermakna Mieya sedang dilanda sindrom Monday Blues?!!

Tetiba jadi tak bersemangat bila semua tugas, Mieya pikul seorang diri. Dari check price tayar, susun list order mengikut tempat, uruskan transport local dan outstation, check jenis dan saiz tayar keluar masuk, call pos laju untuk urusan pikap, update barang keluar masuk di server. Itu belum lagi dicampur dengan kes barang tak sampai ke dealer, stok barang tak cukup, tersalah hantar barang dll lagi)

Untuk pengetahuan semua, staff di company Mieya (pejabat khususnya) sangatlah kekurangan di mana cuma ada dua kerani sahaja sekarang nie, iaitu Mieya dan juga kerani lagi satu. Sebelum ni, bilangan kerani ada 4 orang. Tapi kini, cuma tinggal tiga sahaja.

Di mana seorang kerani dah berhenti sebab dapat peluang pekerjaan yang lain. Alhamdulillah, terlepas sudah azab penderitaanku selama ini. Manakala lagi seorang, masih lagi bercuti sebab menghidap chicken pox.

Tapi takpe lah. Walau banyak mana sekalipun tugas yang Mieya kena uruskan, Mieya terima sahaja dengan hati terbuka. Walaupun, langsung takde masa nak mengetuk papan kekunci di blog di saat rakan sekerja yang lain syok melayan drama-drama di youtube. Mieya tetap watlek watkool. (Padahal kekadang sakit hati jugak bila terpaksa terkejar-kejar semata-mata nak siapkan kerja.)

Actually, Mieya pernah je bekerja seorang diri. Di mana cuma ada Mieya dengan abang Mieya je yang datang di ofis. Korang bayangkanlah betapa terkejar-kejarnya Mieya waktu tu. Tapi nasib baik lah, staff di main company (Penang) faham dengan situasi Mieya waktu tu, order pon dorang masukkan sikit sahaja.


P/s : Tetap kena tabahkan hati serta positif-kan diri bila bekerja nie. Tak kira lah sama ada dibuli dengan kerja berlambak oleh staff lain. Dimaki dengan perkataan yang kurang enak dengan pihak transport bila barang-barang masih tidak tersedia lagi. Dimarah bila barang tak naik transport @ tersalah hantar barang. Redha je lah.


CPUV Ke 14 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Pada hujung minggu lepas, Mieya telah berkesempatan untuk berjalan-jalan sambil mencuci mata di Jalan TAR. Actually, langsung takde plan pon nak ke sana. Akan tetapi.. Abang long Mieya secara on the spot telah mengajak Mieya, adik serta abang Mieya yang keempat untuk mencari sepasang dua pakaian.

So, kami bergerak ke Sogo dahulu. Memandangkan kakak ipar Mieya cakap, Sogo ada mengadakan jualan warehouse. Bermacam-macam barang yang boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan seperti beg tangan, kasut, barang-barang dapur, pakaian untuk semua peringkat usia dll.

Mieya tak beli apa-apa pun. Saja jalan-jalan cuci mata.. sambil-sambil tu, dapat hilangkan stress yang menggunung terhadap kerja. huhuhu tsk you!

And minggu ini, Alhamdulillah.. Tak sangka, boleh tersangkut pula, CPUV Nuffnang daripada KL SOGO June 2013 Sale On... Di mana Sogo kini akan mengadakan Member Day Sale untuk Sambutan Hari Raya pada 6 & 7 July 2013. 



Wohooo! Mesti harga kaw-kaw punya murah kan? Peluang yang tak boleh disia-siakan begitu sahaja. So, lepas ini Mieya semestinya kena inform dekat abang long Mieya untuk bershopping sakan lagi.

Btw, special thanks to Nuffnang and their advertiser, KL SoGo of course... kerana sudi memberi peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan iklan CPUV nie.

Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat ! Jom baca tips cara nak dapat CPUV dari Nuffnang, tak salah kalau mencuba kan?


Roti Berkulat

Assalamualaikum wbt :)

Kali ini, Mieya bersiaran langsung daripada pejabat tempat Mieya bekerja.. Haippp! Jangan ingat Mieya curi tulang ye.

Kerja semuanya dah beres. Dari pagi tadi Mieya telah siap menguruskan dua transport untuk menghantar barang order. Dan tadi, alhamdulillah. Selesai lagi satu transport.

And then, baru je nak plan makan roti dotdot.. Buka-buka saja plastik, tengok dah berkulat wal hal bila tengok tarikh luputnya, 30 Jun 2013; yakni esok hari.


P/S : Korang pernah alami perkara serupa tak? Nampaknya buka rezeki Mieya lah nak menjamah roti ini hari ini. hmmm

Hendak Seribu Daya..

Assalamualaikum wbt buat semua rakan pembaca :)

Ingat lagi dengan entri yang lepas, berkenaan Nuffnang Blogbuster tu. Di mana mereka yang terpilih harus menghasilkan sebuah video pendek dalam 10-15 saat berdasarkan piawaian yang ditetapkan.

Dan... Alhamdulillah. Setelah dua malam Mieya peruntukkan untuk membikin video pendek ini, akhirnya siap jugak.


Macam biasa, Mieya menggunakan khidmat Movie maker. Nak buat video webcam, tapi suara tak keluar di Laptop cikai Mieya nie. Apa masalah entah. Ke Mieya yang tak reti nak guna? huk3

Hmm.. Lepas ni, boleh lah cari idea dan masa terluang lagi untuk membuat video blogbuster ini lagi sebagai back-up kalau-kalau direject lagi. Lagipun, masa banyak lagi.

P/S : Korang pulak macam mana? Dah mulakan ke misi berblogbuster kali ini? ke masih lagi berkira-kira sama ada nak join ke tidak? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mana ada jalan pintas dalam menjana pendapatan melalui blog. Meh share story sikit~


SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100


Segmen bermula 25 Jun 2013 dan TAMAT pada 30 Jun 2013


Nuffnang Blogbuster : Switch 2 U

Assalamualaikum wbt and hai semua !

Setelah hampir tiga minggu menanti kan kemunculan invitation baru untuk program Nuffnang Blogbuster. Akhirnya, kali ini dapat juga.. Yeay!

Campaign Assignment bagi Nuffnang Blogbuster kali ini diberi tajuk "Switch to U" di mana individu yang terpilih dikehendaki untuk menghasilkan satu video pendek (10 saat) yang berkisarkan mengenai kelebihan menggunakan U-mobile.

Your video should be creative, fun and informative. One or more of the 4 themes below must highlighted in your video.

a. Free Messaging with Kakao Talk and WeChat
b. Member Get Member
- For referrals: 5% FREE credit
- Those who switch: 15% top up bonus for the first 6 months
c. UMI 38: Unlimited Mobile Internet Usage
d. Free Calls & Free SMS


Dan jika video korang terpilih, iklan video anda akan ditayangkan selama mana yang dikehendaki oleh pihak advertiser. Apa yang menariknya, setiap kali video dimainkan akan memberi imbuhan kepada anda sebanyak RM0.50 per tonton. So, jangan pandang sebelah mata, okey?

Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Mulakan plan anda dalam membikin video pendek ini hari ini. Mieya pon sedang mencari idea untuk membuat video kali nie. Wish me luck and also all the best for you guys! =p


Bacaan Terkini IPU Jerebu Di Malaysia

Assalamualaikum wbt :)

Jika semalam statistik indeks pencemaran udara berada di tahap tidak sihat. Tapi hari ini pula, berubah menjadi bertambah tidak sihat.

Berikut merupakan bacaan indeks jerebu hari ini, 25 Jun 2013 pada jam 9 malam tadi. IPU di kawasan tempat Mieya bekerja semakin teruk pula hari ini. Alhamdulillah, lepas hujan sekejap tadi, adalah nampak berkurang sedikit.


Di musim jerebu ini, sila amalkan gaya hidup sihat. Banyakkan minum air suam. Kurangkan aktiviti luar. Sentiasa memakai topeng penutup hidung dan mulut. Jika yang memandu, tutup tingkap dan gunakan penghawa dingin. Kurangkan merokok.

Sekian lintas langsung daripada Mieya di ofis. teheee Nanti Mieya update lagi senarai bacaan yang terkini. Okey?


Kadar Indeks Jerebu (IPU) di Malaysia

Assalamualaikum wbt :)

Kadar indeks pencemaran udara di ibu kota Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, semakin memburuk. Keluar-keluar sahaja dari rumah menuju ke tempat kerja pagi tadi, Mieya lihat langit dipenuhi dengan kabus jerebu. Malah, lebih teruk berbanding semalam.

Berikut merupakan bacaan IPU jerebu di negeri-negeri di seluruh Malaysia pada hari ini, 24 Jun 2013 pada jam 5 petang tadi.




Lihatlah.. betapa tak sihatnya tahap indeks Pencemaran Udara di kawasan penempatan Mieya.


Apakah Tanda & Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?


Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-


  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Untuk maklumat semasa jerebu sila layari : http://www.doe.gov.my/apims/ atau http://www.met.gov.my/ 


The Bad Day For Me

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari semua.

Mieya tak tahu kenapa dengan diri Mieya hari ini. Semuanya menjadi serba tak kena. Baik dari kerja, mood mahupun perut. Semuanya nak protes buat hal dengan Mieya.

Hari ini, Mieya terlewat 5 minit datang ke ofis dek kerana kelewatan abang Mieya tiba di rumah (dari Melaka ke Petaling Jaya).

And then, staff di main company bertanya mengenai order di mana Mieya tersilap hantar saiz tayar. Kena marah dengan bos sebab lupa print list order, tayar tak naik transport.

And now, masa rehat. Sesaja nak release tension dengan membaca blog. Buka Awaiting Comment, tick beberapa comment untuk dipublish. Konon-kononnya nak meneruskan misi membalas jejak serta berblogwalking yang sering tertangguh.

Tapi malangnya, Mieya ter"remove" ke semua komen tersebut. OMG! Apa yang tak kena dengan Mieya sebenarnya nie?

Hmmm.. serius dah mula hilang mood pada hari ini. Semua benda jadi tak kena seolah-olah Mieya seperti sudah hilang arah.

P/S : Minta maaf kalau ada di kalangan korang yang drop comment, tapi Mieya tak balas jejak korang balik. Sorry sangat !!!...


Novel I Love You Stupid !

Assalamualaikum wbt


Terbitan Karya Seni
Semenanjung : RM39 (Dapat diskaun, jadi RM35)
Sabah/Sarawak : RM42

Sinopsis :

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Minggu lepas, Mieya berpeluang untuk berkunjung ke kedai buku (port biasa) Mieya membeli buku dan bahan bacaan yang lain. Alhamdulillah. Terpandang akan novel tebal ini, ngam-ngam pulak tu tinggal sebuah novel sahaja. Terus tanpa berfikir panjang, Mieya sambar dan membayarnya di kaunter.

Actually, dah lama dah Mieya pasang niat nak beli dan memiliki sendiri novel ini selepas membacanya di laman blog penulis, Melur Jelita. Sempat baca sampai bab 14 je and then, terus terputus jalan ceritanya sekerat jalan.

Seriously, Mieya sangat-sangat tertarik dengan jalan cerita dalam novel ini. Ayat-ayat yang ringkas, lucu, spontan dan senang untuk difahami menambahkan rencah lagi dalam novel ini. Kekadang sampai tergelak sorang-sorang time baca novel ini. Lucu dan penuh bersahaja.

Setakat ini, Mieya baru sahaja sempat membaca sampai bab 50. Dan mungkin kali ini akan lambat habis sesi pembacaannya memandangkan masih ada komitmen terhadap kerja. Tapi takpe, Mieya akan cuba juga cari masa untuk membacanya nanti.

P/S : Dengar cerita, novel I love You Stupid nie ada sambungannya iaitu Novel My Precious Iris. Masih lagi baru diterbitkan.. Wuhuuu... nie yang tetiba eksaited melebih nie !


Jerebu yang Semakin Membimbangkan

Assalamualaikum wbt dan salam minggu buat semua :)

Sana sini blogwalking berbicara mengenai isu jerebu yang kian membimbangkan dari hari ke hari. Now, turn Mieya pulak nak mengomel sedikit mengenai keadaan jerebu di kawasan penempatan Mieya, Petaling Jaya.

Pepagi lagi, sewaktu Mieya ingin membuka tingkap bagi menghirup angin segar di kota raya. Mieya dikejutkan dengan segenap ruang angkasa yang putih melepak. Bangunan-bangunan pencakar langit dan rumah flat semuanya kelihatan samar-samar sahaja.

Dan baru sahaja beberapa minit mengambil nafas di luar, Mieya mula merasa sakit tekak, pening kepala, dan sukar nak bernafas seperti selalu.

Tiga gambar di bawah ni merupakan keadaan jerebu semalam semasa OTW ke ofis di Kampung Melayu Subang..




Manakala gambar di bawah pula di kawasan perumahan Mieya. Tak nampak langsung rumah flat kat depan tu..




P/S : Makin teruk pulak rasanya keadaan jerebu pada hari ini berbanding semalam. Lepas nie, kena beli mask banyak-banyak sebagai persediaan awal.


Pengertian Nisfu Syaaban dan Syafaatnya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Kebelakangan ini, Mieya perasan ramai yang mencari maklumat mengenai bilakah hari Malam nisfu Syaaban di ruangan blog Mieya nie.. Maka, baik lah Mieya perjelaskan disini sebagai ingatan buat diri sendiri serta rakan-rakan pembaca semua.

Syaaban membawa maksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan sedemikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Berdasarkan keterangan tersebut, apa yang dapat disimpulkan mengenai pengertian bulan Syaaban ialah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban?

Mieya ada buat entri mengenai pengertian malam nisfu Syaaban disini (klik). Di mana kita semua sebagai umat Islam disunatkan untuk meraikan malam nisfu syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

P/S : Manfaatkanlah setiap masa yang ada dengan mendekatkan diri kepada-NYA. Moga-moga hidup kita dilimpahi rahmat serta mendapat keredhaan daripada-NYA. Amin.


Dapat Hadiah Kain Pasang

Assalamualaikum wbt semua :)

Baru-baru ini, Mieya ada join satu giveaway nie, 1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha. Saja join sekadar suka-suka memandangkan mood blogging memang agak ke awang-awangan sangat ketika itu.

Dan alhamdulillah, siapa sangka? Mieya turut terpilih di antara 50 pemenang yang bertuah. Mieya telah berjaya memenangi sepasang kain pasang cotton dari Sponsor Puan Bayu.

Dan setelah dua hari urusan contact bersama Puan Bayu. Akhirnya, hadiah yang dinanti-nanti tiba jua di rumah. Memandangkan Mieya bekerja, maka urusan menerima bungkusan dari Pos Laju diambil alih oleh abang Mieya.

So, sesudah pulangnya Mieya dari tempat kerja.. Mieya terus membuka bungkusan tersebut dan taraaa...



Cantik kan? 

Alhamdulillah, rezeki join giveaway. Terima kasih kepada penganjur giveaway dan sponsornya, Puan Bayu. Memandangkan baju raya untuk tahun ini pon dah siap tempah. Jadi Mieya bercadang untuk mengupah jahit lepas raya nanti. 



Stress giler !

Assalamualaikum wbt semua :)

Tajuk entri bukanlah nak menggambarkan yang Mieya nak cerita pasal rasa amarah atau apa. Atau mungkin menggedik nak update tajuk entri yang sama macam Yuyu Zulaikha punya. No, bukan bukan! Tapi nak luahkan segala isi hati. hmmm

Hari ini semua kerani yang terdiri daripada 4 orang staff hadir. Tapi belum sampai ke waktu tengah hari, 2 kerani telah menghilangkan diri. Tinggallah Mieya berdua bersama akak kerani yang bakal resigned beberapa hari lagi. Kenapa hal sebegini boleh berlaku?

Baiklah. Biarlah Mieya perkenalkan dulu

  • kerani yang bakal resigned sebagai A
  • kerani B
  • kerani C

Mereka nie memang kawan dari zaman sekolah dulu. And then, terputus hubungan sebab kerani A sambung belajar. Selepas tamat belajar, kerani A mula bekerja di company tempat Mieya kerja nie. Memandangkan company nie masih baru berpindah tempat, maka semestinya lah staff pon tak mencukupi. Jadi si kerani A, ajak kawan-kawan dia (kerani B dan C) kerja bersama.

Nak dijadikan cerita, kerani A dah lama tak datang kerja. Tugasnya pulak digantikan oleh kerani B. Memandangkan beberapa hari sahaja lagi kerani A akan berhenti. So, dia ajar lah sikit-sikit kerani C pasal tugas yang dia pegang selama ni.

Disebabkan beberapa hari tak datang kerja, kerja si kerani A jadi bertambah-tambah. Staff dari company besar di Penang semua bertanyakan kerja itu dan ini kepada dia. Lalu menyebabkan dia menjadi kelam kabut. Dan sebagai jalan mudah, dia agihkan kerja dia kepada kerani B & kerani C. And Mieya pon turut tak terlepas ye.

So, timbul lah ketidakpuasan hati di kalangan kerani-kerani semua. Ya lah, masing-masing ada tugas yang tersendiri yang perlu diselesaikan hari ini juga. And lagi satu, tugas tersebut memang telah diamanahkan oleh bos kepada kerani A beberapa hari yang lepas. So, its not fair lah kan, kalau orang lain pulak yang kena buatkan kerja tu.

Dalam masa yang sama, si kerani A nie memang terkenal dengan mulut takde insurans, cakap pon main pakai lepas je. Tahu lah stress. Datang-datang kerja, semuanya meluru kepada dia. Dengan Pakcik driver minta claim, Bos Penang tanya stock checklist, staff Penang bertanya macam-macam lah.

Bila kerani yang lain semuanya tak ambil peduli sangat dengan dia sebab sibuk dengan kerja masing-masing. Dia pon mula lah mengungkit pasal

"kalau dia tak panggil kawan-kawan bekerja (kerani B & C) mungkin sampai bila-bila mereka menganggur."

"Siap cakap yang rakan-rakan sekerja dia nie ego, berlagak, tunjuk kepala dengan dia." (padahal kerja sendiri bagi kat orang lain buat)


At last, kerani B dan kerani C merajuk, terasa hati. Kalau Mieya berada kat tempat dorang pon, akan terasa jugak. Mereka berdua terus kemas barang-barang dan balik rumah. Dan tinggal lah Mieya terkontang-kanting sendirian menyiapkan semua kerja di ofis. Dari print order, photostat, check price, masukkan invois dalam envelope sampai lah kerja stok checklist (dekat 5 jam mengadap kerja nie je) dia tu.


Kerani A? Tak buat kerja pon. Dok rileks, mengadap facebook, layan youtube. And then, bila staff Penang tanya pasal Temperary Order kat dia.

Mieya lagi menjadi mangsa untuk mencarinya satu persatu di dalam fail. Mieya tolong blablabla... Mieya, dah fax blablabla.. Semuanya Mieya. Grrr.. Tahulah nak berhenti. Tapi selesaikan lah tugas yang telah diamanahkan dengan sewajarnya. Ini tidak, orang lain pula yang menjadi mangsa untuk menyelesaikan tugas dia. Hari yang paling stress buat Mieya hari ini.

P/S : Nak tengking, awak tu lebih tua dari saya. Nak melenting, karang bergaduh sampai bermasam muka. Akhirnya Mieya berdiam sambil memendam rasa.

Tak sabar nak tunggu si kerani A nie berhenti. Teringat waktu dia tak datang kerja, dunia aman, tenang dan harmoni je.. Semua kerja berjalan dengan lancar. Takde kelam-kabut. Takde terpekik terlolong macam dia tu.


CPUV Ke 13 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Petang tadi, sesudah sahaja selesai stock check tayar di stor, Mieya me-rileks-kan diri dengan mengadap blog serta godek-godek laman web Nuffnang.. Cari apa-apa yang penting untuk terus maintain trafik blog. Rutin biasa, of course tak boleh dipinggirkan.

Alhamdulillah.. Lepas check account Nuffnang, Mieya terperasan akan kehadiran CPUV baru daripada Nuffnang. Padahal baru sahaja 3 hari lepas, Mieya dapat CPUV baru. Tuptup, kali ini dapat lagi. Syukur!


CPUV Nuffnang kali ini adalah daripada Dove Deo Amelia. Rasanya, kebanyakan blogger dah mula diperkenalkan dengan produk Dove yang terbaru, iaitu deodorant. kan?


Apa yang menariknya, kita semua boleh scroll over tetikus korang pada gambar-gambar blogger yang terpilih and then, boleh baca review dorang mengenai produk Dove Whitening nie. Bermacam-macam gaya penulisan yang ada, dan Mieya sudah pon membaca kesemua review daripada mereka. Sangat-sangat best. Wuhuuu! (nampak tak tahap ke-eksaited-an Mieya tu?)

P/S Alhamdulillah.. bersyukur dengan apa yang Mieya ada sekarang dan semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah. Aminnn !


Tips Mengatasi Sindrom Monday Blues

Assalamualaikum wbt :)

Rasanya.. Rata-rata di kalangan rakan-rakan sekalian dah familiar sangat dengan perkataan Monday Blues nie. Betul tak?

Apa itu Monday Blues?



Pada pendapat Mieya.. 

Monday blues itu kebanyakannya dikaitkan dengan seseorang yang tidak bersemangat, sedih, marah, atau perasaan keterpaksaan untuk datang semula bertugas pada hari Isnin setelah menikmati hujung minggu yang bahagia dan menganggap pagi Isnin itu adalah sesuatu yang menjengkelkan. Terutama sekali buat sesiapa sahaja yang mempunyai komitmen sama ada sebagai pelajar, pekerja mahupun sebagai seorangblogger.

Ya, bagi yang bekerja rutin mingguan. hari Isnin memang terasa sungguh berat. Mieya memang sama sekali tak menafikan hal itu bahkan kadangkala Mieya pun turut mengalaminya, khusunya waktu berblog. :D

Monday Blues = Hari Isnin. Kenapa hari Isnin dan bukannya hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu atau Ahad? Kenapa?

Sebenarnya, apa yang orang panggil monday blues itu tak usah dilayan sangat. Kalau dilayan tidak membawa perolehan yang baik pun. Tapi emosi, ya kadang-kadang seperti sukar nak dikawal. Dah lempang-lempang diri sendiri pun masih emosi itu meliar.


Jadi, bagaimanakah caranya nak atasi wabak ini?


Antara tips-tips yang boleh diguna pakai ialah :
1. Set kan dalam kepala hotak masing-masing. Apa tujuan kita belajar/bekerja? Apa matlamat yang seharusnya kita capai? 

e.g : Kita bekerja untuk mencari rezeki walaupun sesuap nasi. Kalau tak datang kerja, bermakna kuranglah income gaji korang. Bila gaji kurang, macam mana nak bayar bil segala, nak biaya duit makan, minyak hari-hari? Think.


2. Plan your day. Takkan lah setiap hari nak mengadap kerja sahaja kan? Cari alternatif lain untuk menghilangkan tekanan kerja serta menghiburkan hati seperti menonton tv bersama keluarga, tengok wayang ke, window shopping. Paling-paling tidak pun, dengar lagu.


3. Selesaikan sebahagian daripada tugasan sebelum tibanya hujung minggu. Elakkan bertangguh Ya, kawan-kawan.. Sebenarnya kalau kita habiskan kerja di awal waktu, otak kita akan lebih relaks untuk beriadah di hujung minggu. Dan semestinya kita akan rasa kurang bebanan setiap kali datang kerja Hari Isnin.


4. Stop complaining and just do your own work. Misalnya, bila korang mengadu tentang seseorang yang korang tak suka ataupun kesukaran yang korang dialami. Itu hanya membuatkan korang fokus kepada mereka. Seterusnya akan menyebabkan adanya jurang di antara rakan sekerja anda dan pengurusan.

Jika korang tak nak hal sebegini terjadi, berhenti mengadu sekarang! Sebaliknya, lihat apa yang anda ada dan mampu mencapainya bersama-sama (team work). Dengan cara ini, akan wujud satu jambatan/pertalian antara satu sama lain.

5. Terima kenyataan. Terima sahaja kenyataan yang cuti rehat korang sudah pon berakhir. Next, apa yang boleh korang lakukan ialah ubah apa yang perlu diubah. Kenalpasti pelbagai cara yang boleh membantu korang untuk mencapai matlamat masing-masing. Lakukannya secara proaktif dan kekal bermotivasi sepanjang hari.


Alhamdulillah. Sepanjang tiga minggu bekerja ni, tak pernah lagi mengalami monday blues. Cuma kekadang hilang mood bila kerja berlambak di atas meja. ngehngehngeh :D


CPUV Ke 12 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Rezeki jari jemari yang tak berapa nak runcing, ligat menari di keyboard sama ada keyboard komputer di office dan juga keyboard laptop di rumah.


Dah lama betul, CPUV baru tak datang bertandang masuk ke blog Mieya. Mungkin kerana kadar persaingan yang tinggi dalam kalangan blog. Tapi syukurlah, ada rezeki lagi di bulan Jun ini. Moga-moga, CPUV dari University Of London ini akan bertahan lama di blog Mieya ni.

Walaupun rutin blogging Mieya tidaklah serancak dahulu kala, membalas komen sampai berpuluh-puluh dalam sehari. Blogwalking dari satu blog ke blog lain sampai ke angka beratus-ratus sehari. Dah tak boleh sangat nak selincah dulu. Hanya sempat singgah ke 5-6 blog je sehari.

Maklum lah, dah terikat dengan komitmen lain kan.. yakni kerja. Haruslah pasrah dan redha bila jarang-jarang ada masa walau nak update satu entri sehari. Jikalau takde kesungguhan yang tinggi dalam diri, memang terabai lah blog ini jadinya.. huhu kesian awak, kan blog?

Walau bagaimanapun, akanku usaha lagi sedaya mungkin untuk aktif berblogging seperti dulu.


Sedih Sekelip Mata...

Assalamualaikum wbt semua.

Tak tahu nak mulakan entri kali ini macam mana. Serius, mood Mieya down dibadai gelora perasaan sedih.. Untuk pengetahuan, di kala ini Mieya sedang bersiaran langsung di ofis tempat Mieya kerja.

Baru sahaja awal minggu ini, gelang tangan Mieya putus secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Terbaru, hari ini.. cincin Mieya pula hilang. tak tahu lah sama ada tercicir di tempat kerja mahupun di rumah. Tapi, Mieya yakin.. Cincin tu memang ada terlekat di jari Mieya semasa Mieya tiba di ofis pagi tadi.

Mieya terperasan akan kehilangan cincin kesayangan Mieya tu semasa sedang menikmati nasi lemak di waktu lunch tadi.. Itupon selepas terpandang gelang tangan milik rakan sekerja.

Tak tahu lah macam mana nak gambarkan perasaan Mieya di kala ini..

Sedih.. Siapa sahaja yang tak sedih bila barang kesayangan hilang secara tiba-tiba?? Pulak tu, baru 4 bulan Mieya sempat melaram dengan cincin tersebut... Satu jangka masa yang sangat singkat.. huhuhu

P/S : Sedang berfikir-fikir macam mana nak bagitahu mengenai kehilangan si cincin emas kepada kedua orang tua Mieya. hmmm :(

Selamat Datang Bulan Syaaban !

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca :)

Pejam celik pejam celik. Sama ada sedar ataupun tak, hari ini merupakan hari pertama kita semua berada di bulan Syaaban. Bulan yang penuh rahmat dan berkat selepas malam Lailatul Qadar.

Semestinya, bulan Syaaban adalah kesempatan bagi kita semua sebagai umat Islam untuk memperbaiki diri dari segala celaan. Di samping berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki bulan Ramadhan nanti.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Antara Fadhilat bulan Syaaban ialah :



Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan :




Terima Teguran Seadanya Demi Kebaikan Bersama


Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu semua !

Setelah beberapa hari merehatkan diri dan fikiran seketika daripada dunia blog.. disebabkan dilanda ketandusan idea, tiada mood.. Di samping tekanan yang membuak-buak terhadap kerja.

Wah, kedengaran macam parah je momentum kehidupan Mieya sekarang nie kan. Sebab tu kemain liat sekali nak mengupdate blog, blogwalking serta membalas komen seperti selalu. Oppss !

Dua hari lepas, semua staff (termasuk Mieya sendiri) telah ditegur oleh pihak atasan. And that was the first time ever kami semua berkumpul di bilik meeting. Sebelum ini, mana ada meeting ke hape kat sini. Kebetulan hari itu ada beberapa staff yang tak hadir tanpa sebab.

Antara perkara yang dibincangkan ialah :

  • Attendant teruk
Di mana ada rakan sekerja yang kerapkali tak datang kerja. Sekejap datang, sekejap tak datang kerja. Tak hadir tanpa memaklumkan kepada pihak atasan mahupun bos. 

  • MC berlebih-lebihan
Bayangkan ada di kalangan rakan sekerja Mieya yang baru bekerja selama 3 bulan, tapi sehingga kini dah MC sebanyak 15 kali? Wah, kemain lagi buat company tu macam company bapak sendiri. Isu beli surat MC pon turut dibangkitkan. Alhamdulillah. So far, Mieya tak pernah MC lagi.

  • Datang lewat ke tempat kerja
hihihi.. Yang ini, memang Mieya tak dapat nak elakkan lah. Sebabnya jarak di antara Petaling Jaya ke Kampung Melayu Subang, boleh tahan jauh lah jugak. Ditambah dengan jammed di pagi hari. Kalau driver dah bangun lambat, maka Mieya pon turut terbabit sama lambat sampai ke tempat kerja. Tapi insyaallah, akan diperbaiki lagi. hehe


  • Aspek kebersihan perkakas dan peralatan kerja
Isu lama. Macam biasa lah kan, kalau tiada seorang pon yang memulakan dulu aktiviti membersih nie.. Memang sampai bila-bila pon takkan buat. 

Masa first time Mieya mula bekerja pon, Mieya dapati keybord, monitor, meja kerja Mieya berhabuk. Itu belum masuk lagi mesin-mesin pencetak. Tapi lepas ini, insyaallah kami akan membuat giliran untuk membersihkannya.

  • Layari laman sesawang pada waktu bekerja

Dan laman sesawang yang dibangkitkan ialah Youtube. Tapi Mieya tak layan pon youtube nie. Tapi rakan sekerja Mieya yang kerapkali menonton video disitu. And then, siap pakai earphone yang dibawa dari rumah.

Misal kata, kalau ada call dari customer, siapa yang nak jawab? Macam Mieya, Mieya memang jarang ada masa nak melayari internet di tempat kerja melainkan waktu rehat. Mieya hanya gunakan internet untuk YM staff dari major company di Penang dan print order listing. Itu sahaja.

  • Saling tunding jari antara satu sama lain (tiada tanggungjawab)
Memandangkan company disini merupakan anak syarikat sahaja. So, skop kerja kami takde lah banyak sangat. Buat kerja, semuanya hampir sama sahaja di kalangan staff. Sebab tu bilangan staff pon tak ramai. Setakat 10-12 orang sahaja.

Tapi bila ada staff yang tak datang. And then, pihak atasan bertanya mengenai sesuatu tugasan kepada staff lain. Tetapi masing-masing menikus lalu menunding jari ke arah staff yang tak hadir tu. So, what's you expected from the advisior? Mestilah pihak atasan terkejut. Dah itu tanggungjawab kau, tapi kau tak tau atau tak laksana kan. Pulak tu tunding jari pada orang lain lagi.

Overall, pihak atasan masih tak berpuas hati terutamanya berkaitan disiplin dan komitmen kami terhadap kerja. Isu team work dan juga penyimpanan dokuman turut dibangkitkan juga. 

Manakala Mieya tak berpuas hati bila ada staff yang tak buat kerja. Dok rileks goyang kaki sambil main game. Lantas membiarkan Mieya terkejar-kejar nak siapkan kerja itu dan ini dalam satu-satu masa. Gila betul!

Hanya mampu senyum sambil ketuk kepala je lah -.-"

Jadi sekian sahaja entri luahan hati daripada Mieya berkaitan urusan di tempat kerja. Amacam? Cukup panjang sehingga mencecah lantai tak? hahaha... Anggap sahaja sebagai entri topup beberapa hari tak memunculkan diri disini.

Peace ! Jangan marah-marah nanti kena jual ! miahahaha


Perkongsian Jumaat #14 | Kelebihan Berselawat





Blog ibarat pentas lakonan

Assalamualaikum wbt :)

Dunia blog...Dunia blog... boleh diibaratkan sebagai sebuah pentas lakonan rasanya. Para pelakonnya, terdiri daripada penulis blog itu sendiri.. Manakala para penontonnya, rata-ratanya daripada para pembaca dan pengomen setia.

Apa yang samanya antara pentas lakonan di dunia realiti dan juga dunia maya adalah.. Masing-masing mencuba dan berusaha untuk menyampaikan "tugas" yang dipikul dengan sebaik mungkin.

Penulis hanya menyampaikan idea melalui penulisannya. Yang menjadi alat dalam menyampaikan wadah penulis adalah... pembaca. Pembaca menilai apa yang mereka baca, mencernakan idea tersebut serta mengaplikasikan sesuatu yang mereka peroleh dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, memberi maklum balas kepada hasil penulisan tersebut. Yang mana boleh dipakai, teruskan lah. Yang mana difikirkan bercanggah, lontarkan sahaja kritikan.



Semua itu saling berkait rapat.. Penulis menghasilkan penulisan untuk dibaca oleh para pembaca. Setelah itu, pembaca menyuarakan semula pendapat mereka... apa yang mereka rasa kepada penulis.

Sebab itu.. setiap komen yang diutarakan oleh para pembaca sama ada positif atau negatif,  perlu diambil kira dalam menjadikan setiap penulisan kita lebih berkesan.

Nota:
1. Kritikan negatif tidak semestinya bermaksud anda gagal.
2. Perlu berfikiran positif apabila menerima kritikan.
3. Perlu berani untuk meluahkan apa yang kita rasa.


P/S : errrr... Korang faham ke dengan apa yang sedang Mieya sampaikan nie?



First Giveaway by Nurin Aireen & Ieyra Ghani


klik banner untuk join

Assalamualaikum. Akhirnya tercapai jugak hasrat nak buat first GA tapi bukan sorang sorang tau. GA ni berpartner. Terima kasih tak terhingga kepada para sponsor yang sudi sponsor GA first kami ni. Hehe okay dah, malas nak berintro panjang panjang karang merapu ke bab lain. Dengan lafaz bismillah, kami merasmikan GA ni. Nak join GA first kiteorang? Klik banner kat atas. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!




 Buku A Doctor In The House Tun Mahathir Biography bernilai RM100
 Buku Islamik
 Bling bling stylish necklace
 Keychain Cameron Highland
 Owl Keychain Felt
 Keychain Little Domo
 Novel The Wedding Breaker 
 Bookmark Tribal
 Shawl/Tudung bawal
 Bookmark doodle
 Bunny fridge magnet
 Shiseido mask
 Sebanyak RM 135 topup ditawarkan untuk para pemenang!


    Klik sini untuk tengok gambaran hadiah dan pembahagiannya! =)





  Jangan risau, pemilihan pemenang adalah 100% menggunakan pak cik random.org. Biar   
  adil untuk semua.


SESIAPA YANG TIDAK MENGIKUT SYARAT, AKAN DIBATALKAN PENYERTAANNYA JADI TOLONG JUJUR!


Kami mencari seramai 54 orang pemenang!! Jom meriahkan GA pertama kami! Mana tahu rezeki anda kali ni! Goodluck