Oppa Gangnam Style, Apakah itu?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Korang tahu apa itu ‘Oppa Gangnam Style’?

Gangnam Style secara tiba-tiba menjadi kegilaan ramai dan bahangnya semakin terasa sejak akhir-akhir ini. Rasa-rasanya, rata-rata penduduk bumi sekalian dah tahu mengenai kewujudan Oppa Gangnam Style nie, tidak kira  sama ada orang dewasa mahu pun kanak-kanak.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Gangnam tu adalah nama tempat di Seoul, Korea Selatan. Jadi, “Oppa Gangnam Style” tu maksudnya lebih kurang macam “Stail abang-abang Gangnam” laa.. cewaahh !


Flash Mob Gangnam Style Untuk Merdeka

Macam Mieya, Mieya tak berapa layan sangat apa-apa pasal k-pop nie. Hanya sebilangan kecil sahaja irama lagunya yang Mieya layan. Itu pon boleh dikira dengan jari.

Ternyata, rakyat di negara kita juga kreatif apabila ada di kalangan kita yang membuat video sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas dengan bertemakan konsep Gangnam Style. 

Fenomena tarian kuda itu bermula apabila artis negara Korea, Park Jae-Song atau lebih dikenali sebagai PSY yang berusia 34 tahun tampil dengan lagunya, Gangnam StyleSejak dari itu, lagu hantunya itu menjadi kegilaan orang ramai.

Terbaru, memandangkan negara kita menyambut Kemerdekaan yang ke-55 semalam, sekumpulan anak-anak muda telah melakukan Flash Mob di atas ais di Sunway Pyramid.

Mereka yang seramai 200 orang telah menari Gangnam Style sambil meluncur ais.
Ayuh, jom saksikan video flash mob mereka.


16 comments:

EkaTikah said...

kite tak berape minat sngt dgn Gangnam nie. hee..

cikji said...

cikji pun layan jugak yang video raya gangnam tuh,boleh tergelak kejap hihi

Miss N™ said...

tahu oppa itu abang untuk panggilan di korea..cuma gangnam tu pertama kali nur dgr ni..kikikikiki..

tapi best jugak lagu tu.. :)

profmie said...

dh dgr lgu ni...

wlupun sy ni antara jutaan fan kpop tp utk lgu ni mcm kurg ckitlah..just skdr dgr je..tp sy tgk adik beradik sy yg len jg spupu n sdara mara dorg suke pula lgu ni..perhaps,stiap org de citarasa msing2x..

LaLa mhdnor said...

heran nape lagu ni boleh jadi pemes =.=

Suzie Yusof Mohamed said...

hehe, op op op oppa gangnam style :p

dya nasir said...

dya xminat gangnam style.

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Same here :)

Unknown said...

@cikji Tapi, Mieya tak suka dengan tarian dia.

Unknown said...

@Cik Nur Bergsntung kepada cita rasa masing2. Macam Mieya, mieya tak minat.

Unknown said...

@profmie Tahu takpe. Citarasa kita berlainan

Unknown said...

@LaLa mhdnor Entah lah.

rAIHan said...

mse mula2 tak tahu gak sbb ramai yg dok sebut2..rupanya mcm nie. bila tgk video. rse mcm =.='

Unknown said...

@rAIHan Video dia macam hampeh. haaha

mummyrinazone beauty said...

memang pelik tarian mcm tuhpun ada yang minat..tapi2lah mmglah citarasa tak sama cuma takutgak tgk seolah2 sebilangan org fanatik sungguh ngan oppa gangnam stylenie..

Unknown said...

@wan nurul hezrina Entah apa yang seronok dengan tarian ala-ala kuda nie pon Mieya tak tahu