Tips Mengurangkan Tempoh Loading Blog

Assalamualaikum wbt & selamat berhujung minggu :)

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap blogger untuk saling berblogwalking dan berinteraksi dengan blogger lain bagi memastikan orang lain dapat mengetahui kewujudan blog sekaligus dapat menjana kelangsungan trafik ke blog mereka.

Tapi perasan tak, kenapa bilangan pelawat blog korang semakin hari semakin berkurangan? Haaa.. Selain malas berblogwalking, meninggalkan komen atau pendapat, mungkin juga berpunca daripada masalah blog korang yang berat sehingga melambatkan tempoh loading di blog korang.

JOM Check berat blog korang disini ! >>>klik<<<

Jadi, bertepatan dengan topik entri kali nie, Mieya nak sentuh sikit beberapa widget yang berkemungkinan besar menjadi punca kenapa blog korang lambat loading. Berkemungkinan juga, widget inilah menyebabkan blog korang menjadi berat sekaligus tidak mendapat tempat di hati pembaca.

  • Widget Lagu Automatic Play

Sememangnya, widget sebegini tak sesuai diletakkan di blog. Lagi-lagi kalau blog korang diklasifikasikan sebagai untuk bacaan umum. Lainlah kalau blog korang tu bersifat peribadi dan khas untuk tatapan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan sahaja.

  • Widget jam/tarikh/masa
Bagi Mieya, widget ini pon tak perlu diletakkan di blog. Hal ini adalah kerana, di skrin laptop mahupun di PC sendiri, dah ada widget jam, siap dengan pakej hari dan tarikh lagi.

  • Widget Feedjit
Widget feedjit pon merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah blog lambat loading. Tapi, apa yang Mieya dapat lihat, most of blogger menggunakan widget ini untuk mengesan lokasi pembaca mereka. Bagi Mieya tak perlu kot korang letak widget nie di sidebar. Cuba cari widget lain yang lagi compact dan simple.

Dan cadangan lain kalau korang sayang nak buang widget nie ialah dengan membuat page. Senang. Takde lah menyerabutkan kepala hotak nak tengok blog korang yang sedia padat tu. :)

P/s : Kalau korang ada tips lain boleh lah kongsikan di ruangan komen. Terima kasih :)



10 comments:

Miss N™ said...

ingt lagi time pakai broadband dulu.. pekara paling malas adalah BW..sebab lembab amat..!

skarang tidak lagi.. :)

Fleura said...

agree..
kadang2 widget yg merepek tu yg buatkn blog kita lembap.. tp ada jugak yg kata iklan cam nuffnang, heartbeat etc pon bleh buat blog jd lmbt load.

Himawari Mirsada said...

btl gk 2..tq sharing

Raz said...

tulisan jangan kecik sgt, fancy sgt atau terlebih kaler. saket mate.

Unknown said...

@Cik Nur Berukband kalau dah sampai limit baru lambat.

Unknown said...

@Annika Takde lah. Mieya rasa, elok je. Takde pon keluar isu lambat loading kalau ada iklan.

Unknown said...

@elyna mirsada Welcome :)

Unknown said...

@RazFiRa Ya, betul tu.

Nurrul Hazieqah said...

Lagi satu , sebab ada word verify.. err .. rasa terbantut bila ada ayat2 untuk pengenalpastian...

*lagi2 bila loading link bb lambat.. alamatnya button Xlah.. haha

Unknown said...

@Nurrul Tahu takpe. dahlah ada perkataan yg berbelit-belit, sukar untuk difahami.