Resepi Kek Pandan Mudah dan Sedap

Assalamualaikum wbt dan salam Aidiladha :)

Minggu lepas, Mieya request dekat emak tersayang resepi kek pandan sebab teringin sangat-sangat nak feeling makan kek di hujung minggu. Maklum sahaja lah, sudah hampir 4 tahun lebih tak buat kek buatan sendiri. Selalunya kalau nak makan, pakat beli je dekat kedai bakery. Tapi makannya tak habis pon. Membazirnya alahaiii.

So hari ini, Mieya nak kongsikan resepi kek yang sungguh mudah cara penyediaannyaKek yang sangat lembut dengan semerbak harum pandan ini sangat mudah untuk disediakan. Dengan bahan-bahan yang cukup mudah tidak hairanlah jika ianya menjadi kek kesukaan keluarga.

Bahan-bahannya :
5 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan :


Sediakan loyang
Sapukan sedikit mentega pada loyang
Panaskan oven pada suhu 170C

1. Masukkan telur satu persatu, baking powder dan gula kastor dan pukul sehingga sebati dan berkrim
2. Kemudian masukkan  esen vanilla, santan dan pewarna hijau.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C sehingga kek dimasak sempurna.