Emergency Leave

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Untuk beberapa hari ini, Mieya bercuti tanpa gaji (Unpaid Leave) atas tanggungjawab menjaga emak kesayangan yang terjatuh pagi semalam. Akibat daripada insiden berkenaan, kaki emak patah dan terpaksa di simen.

Actually, Mieya menerima perkhabaran mengenai emak dari Abah dan abang yang kebetulan ada di rumah. Ketika itu Mieya sedang bekerja di pejabat. Ekoran daripada itu, Mieya terpaksa ambil Emergency Leave dan terus pulang bersama abang Mieya untuk membawa emak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.


So, buat masa ini.. Masa terluang Mieya agak terbatas sedikit. Sehubungan itu, urusan pengeposan hadiah GA, maybe akan tergendala jugak. So, diminta bersabar kepada mana-mana pemenang yang masih belum mendapat hadiah masing-masing.

Semalam dan hari ini, berduyun-duyun mesej yang Mieya terima dekat Facebook. Dimana masih ramai yang mesej untuk menuntut hadiah. Agaknya kalian terlepas pandang bahawasanya, masa tuntutan hadiah sudah lama tamat yakni pada 24hb February yang lepas

Maka dengan ini, segala macam tuntutan selepas tarikh berkenaan Mieya takkan terima. Takkan layan lagi. Korang bagi lah 1001 alasan apa sekalipun, Mieya tetap takkan terima due to DATELINE.

Sila lah faham, Mieya pon busy jugak. Tapi still boleh luangkan masa sekejap untuk online, check email, mesej segala. Why not, korang tak boleh kan?


P/S : Sorry sangat-sangat jikalau penggunaan bahasa yang digunakan agak keras sedikit. Mieya agak 'emotional' dan terkejut dengan apa yang menimpa Mieya sekeluarga kebelakangan ini.