Cara Membaiki Krisis GILA Shopping

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari kawan-kawan sekalian :)

Apa? Musim cuti sekolah bakal kembali lagi. Ini bermakna, begitu juga dengan musim membeli-belah. Jadi, apakah perancangan korang? Adakah hanya memerapkan diri di rumah sahaja. Atau mencari kepuasan sendiri dengan keluar berjalan-jalan bersama kawan-kawan?


Yes, thats it guys! Inilah masanya untuk korang keluar bersuka-ria sambil melapangkan fikiran korang tanpa memikirkan mengenai buku-buku dan juga peperiksaan. Tapi macam mana nak keluar jikalau korang kehabiasan wang belanja?


Haa.. Mieya biarkan persoalan tersebut bermain-main di ruang fikiran korang. Renung-renungkan lah sendiri ye. Lagipun, semua nie berpunca dari sikap korang sendiri. Kalau korang :


  • Simpan duit syiling 
Siapa kata duit syiling tak berguna? Sekarang nie amat jarang sekali orang guna duit syiling untuk menggunakan telefon awam. Daripada digunakan untuk hal-hal yang tak berfaedah atau diletakkan di merata-rata tempat, ada baiknya kalau korang simpan. At least boleh dijadikan bekalan di masa depan.

  • Asingkan wang awal-awal
Setiap kali dapat wang belanja daripada parents korang, tak kiralah sama ada harian mahupon bulanan. Yang penting sekali, korang perlu asingkan awal-awal yang mana satu duit belanja untuk makan, duit untuk hang out dengan kawan-kawan dan juga duit tabungan.

  • Tak payah trendy sangat
Hmmm. Memanglah fesyen kita kadang kala perlu ikut trend semasa. Tapi, lebih baik habiskan duit dengan meembeli pakaian yang sesuai dipakai untuk ke mana-mana sahaja. Tak perlu lah risau kalau fesyen kotang ketinggalan zaman ke apa.

  • Pinjam aje
Bagi yang memiliki adik-beradik perempuan yang lebih kurang sama je bentuk tubuh dengan korang, kan lebih bagus kalau berkongsi. Jimat sikit perbelanjaan. Lagipon orang bukannya tahu yang itu baju korang ataupon baju adik korang. hikhik macam Mieya dengan adik Mieya lah nie.