Hari Minggu, Hari Untuk Kuih Goyang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

hehehe.. Cuba baca balik title post entri kali ini. Cilok ayat Sis NuYui kejap. Sesuka hati Mieya je kan nak cilok ayat orang lain. muehehe

Sekali-sekala, dua kali tiga empat kala lah Mieya buat. lalalalala~

Hari Sabtu, masa bekerja cuma half day. So, boleh dimanfaatkan untuk membuat biskut raya especially cornflakes madu yang sentiasa habis tiap kali hari Raya. Tiga tahun berturut-turut buat, mesti menggunakan dua kotak Cornflakes Kellogg's. Dan semestinya akan habis.

Ala... resepi kacang je tu. Bahan-bahan yang diperlukan pon senang, semudah ABC je kan. So, semua orang boleh buat dan mencubanya sendiri.

Manakala Hari Ahad pula masanya nak tolong emak menyiapkan tempahan kuih goyang. Alhamdulillah, rezeki emak. Mieya cuma kawal api and bungkus kuih goyang sahaja. Nak bergoyang sama kuih goyang tu memang tak lah, asyik melekat je jadinya. Kang tak pasal-pasal membazir.

Korang pulak? Dah mula ke buat kuih untuk hidangan Hari Raya nanti. Ke main pakai tunjuk je? hahaha