Syukur kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan daku rakan taulan yang sanggup mendermakan keringat, masa, kreativiti dan sokongan padu. Terharu dan dalam masa yang sama, juga bersyukur.
Entri kali ini memang buat julung-julung kalinya, Mieya tujukan kepada rakan-rakan blogger yang sudi buatkan doodle dan juga header kat blog Mieya nie.
Doodle yang pertama ni, hasil kreativiti daripada blogger Iha Zaliza, pemilik blog http://ihazaliza.blogspot.com. Katanya, Iha tetiba teringatkan Mieya and then, secara automatinya terus buatkan satu doodle untuk Mieya. Terima kasih ye. huhuhu... terharu sungguh daku.
Seterusnya,
Tak lupa juga, ucapan penghargaan buat rakan-rakan blogger yang lain, yang sudi meluangkan masa di blog Mieya. Sudi tinggal jejak, bagi komen dan idea bernas. Terima kasih semua.
Walaupun bukanlah dorang bagi Ferrari sebijik, mahupun kamera cap Canon, tapi ini dah cukup buat Mieya ingat sebagai kenangan terindah sepanjang berblogging. Terima kasih kalian. Jasamu dikenang.