My beautiful Malaysia Day 2013

Lepas Mieya makan tengah hari tadi, Mieya kembali semula ke bilik di tingkat atas untuk menonton tv; memandangkan tv di ruang tamu masih lagi tidak boleh beroperasi dek kerana tiada sambungan terus ke piring Astro.

Macam biasa, remote terhenti kat TV3 kerana itulah satu-satunya siaran yang paling jelas dan clear dari sebarang bintik-bintik halus di sini. Sekali Berita Terkini menguar-uarkan mengenai Program My Beautiful Malaysia Day’ pada 3 Februari ini yang berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara.

Antara senarai lokasi yang terlibat ialah :





My Beautiful Malaysia Day 2013. Apakah yang kalian faham mengenai program ini? Adakah ia program pelancongan? Atau mungkin sekadar festival seperti Floria? Atau mungkin juga program kebudayaan? Haaa... Mieya sendiri pun baru nak faham program nie program apa sebenarnya.


Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan mencetuskan semangat sukarelawan dikalangan para belia Malaysia. Program ini diharap mampu memberi impak positif dikalangan belia.



Dan yang paling mengujakan Mieya, sudah semestinya adalah... Program ini akan dilancarkan betul-betul dalam kawasan penempatan Mieya sekeluarga.

Padang SMK Taman Medan dan juga SK Taman Medan, kedua-dua tempat nostalgik ini merupakan tempat Mieya menimba ilmu suatu masa dulu. Yeahhh, sudah semestinya Mieya takkan lepaskan peluang untuk turut serta.

Btw, korang dah daftar untuk join program ni? Kalau belum boleh klik link ni untuk info bagaimana nak daftar ye