2013, Enjoy it !

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, 2 Januari 2013 merupakan hari kedua kita semu berada di tahun baru. Diharapkan masih belum terlambat bagi Mieya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca setia blog shumort Mieya nie.

Saban tahun, bila melangkah sahaja ke tahun baru. Secara tak langsung, usia kita akan menginjak naik 1 tahun.

Hai, saya kini di usia yang baru, iaitu 19 tahun.


Sembilan Belas tahun.

Nineteen - maknanya saya kini berada di tahun-tahun akhir di zaman keremajaan saya.

Tahun ini, rasanya agak berlainan sekali dan agak janggal jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Terpaksa melalui hari yang membosankan serta memenatkan secara berseorangan di negeri orang.

Kalau dulu, masa kebanyakannya dihabiskan di rumah bersama-sama keluarga tercinta. Luangkan masa bersama emak di dapur, masa bersantai bersama adik-beradik di ruang tamu.

Tapi kini, saya keseorangan terdampar disini. Saya mula belajar untuk hidup berdikari. Semuanya serba-serbi dilakukan sendiri. Hanya ditemani oleh kawan-kawan baru yang berlainan asal-usul serta latar belakangnya.


Terasa lambat benar masa berlalu. Hari ini serta semalam, tiada kelas yang perlu dihadiri. Terlalu cukup rehat rasanya, tapi di hati tetap merasa kosong.

Esok, lusa, tulat serta hari-hari seterusnya, adalah masa belajar. Itu belum lagi dikira dengan kuiz, test, assignment serta final exam yang akan datang.

Tapi dalam kepala hotak, dah sibuk merancang agenda semasa cuti bersempena Tahun Baru Cina nanti. Memang kalau boleh, nak cuti panjang je.

Rasa seksa benar bila tinggal berjauhan dripada keluarga nie. Kalau boleh, semahu-mahunya nak berada di kehidupan yang lama.

Tapi apakan daya, demi kejayaan di masa depan... terpaksa cekalkan hati serta kuatkan semangat untuk menempuhi hari-hari yang akan datang.

Doakan Mieya.