Semakan Status Terpilih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian :)

Rasanya hari nie, kemain ramai lagi bebudak batch 1995 yang melayari laman web PLKN. Maklum lah, semakan sudah pon boleh dibuat sejak awal pagi tadi.

Dan semestinya, saban tahun laman web PLKN telah mengalami capaian trafik yang sangat tinggi dan telah menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses ke laman web tersebut. Tapi kali ini jangan risau kerana, terdapat tiga server yang telah disediakan bagi memudahkan kerja semakan korang.


Thats mean, mulai hari ini, korang semua boleh menyemak status masing-masing sama ada terpilih ataupun tidak untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara siri 10/2013 ini. Sila klik pada link di bawah untuk menyemak status terpilih PLKN.


Korang juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Cara-caranya ialah :

Taip : PLKN Semak <jarak> No Kad Pengenalan Anda dan hantar ke 15888
atau telefon 03-40274747