6 Tabiat Pelik Lelaki Kacak

Assalamualaikum wbt korang :)


Mutakhir ini, kecoh seketika dunia blog bercerita mengenai lelaki kacak. Lagi-lagi blog mereka yang hebat serta rancak dengan entri meletop, penggunaan keyword mesra SEO dan juga kehadiran trafik yang tinggi melambung kemain. Sehingga menyebabkan penyakit lelaki kacak ini merebak dengan pantas ke blog-blog yang lain.

Pada mulanya, memang Mieya tak nak dihubung kaitkan blog Mieya dengan keyword "lelaki kacak" ini semua. Tapi memandangkan entri kali nie ada kaitan dengan penggunaan keyword tersebut. Maka terhasil lah :

Tabiat Pelik Lelaki Kacak


  • Rambut mesti terpacak-pacak. Kalau tak terpacak habis, pacak kat jambul pun dah mencukupi.
  • Bila jumpa kawan atau melepak bersama kawan-kawan, lupa dunia seketika. Sebabnya, lelaki lebih mendahulukan kawan-kawan berbanding girlfriend dorang.
  • Mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. Kalau tak percaya, cuba perhatikan kawan-kawan awak yang merokok tu. Terpengaruh daripada siapa tu kalau bukan dari kawan?
  • Meludah di mana sahaja tempat dia berada. Selalu sangat Mieya perhatikan lelaki tak bertauliah macam ni meludah kat merata-rata tempat. 
  • Pakai baju atau seluar jeans berulang-ulang kali. Bagi Mieya perkara nie nampak biasa selagi dia tak berbau busuk bila mendekati seseorang. Contoh paling dekat, abang Mieya lah. Hahaihh~
  • Buang angin tanpa segan silu. Angin nie banyak contohnya kentut dan sendawa. Suka hati korang je kentut sendawa depan muka orang. Yang jadi mangsanya, ehem-ehem. HAHA

Okeylah. Mieya rasa, cukuplah sekadar 6 ini aje. Taip panjang-panjang kang, tak pasal-pasal Mieya yang kena boom dengan kaum lelaki nie. Hohoh~


P/S : Entri ini ditaip berdasarkan pemerhatian anak mata Mieya sahaja okey? Tak mahu touching-touching okey? hikhik