Dapat 966 daripada blog, terima kasih followers!

Assalamualaikum wbt buat kalian atau sesiapa sahaja yang sedang membaca entri ini :)

Sama ada korang perasan atau tak, semenjak dua menjak nie Mieya semakin galak menghupdate belog kan? sampai kan, ada dua tiga entri yang lepas pon korang belum lagi habis membaca nya lagi bukan? takpe. takpe. rileks lah. take your time to reading it until the end. 


Ada nampak apa-apa pembaharuan di sidebar belog Mieya nie tak? apa, tak nampak? Cuba skrol down ke bawah sikit. Nampak tak, nampak tak. da nampak kan?

Jadi entri kali nie, Mieya nak lahirkan rasa syukur Mieya terhadap nikmat pemberian Ilahi kerana mengizinkan Mieya untuk menjana sedikit pendapatan sampingan daripada Churpchurp. sobsob. Lagi 32 hengget je lagi sebelum cashout.


Paling utama sekali, rasa bersyukur kerana berjaya mendapat lebih daripada 960 orang kawan belog di awal tahun ini. Maka nya, ini telah membuatkankan kadar peningkatan trafik yang semakin terkawal dari hari ke hari.

sobsob. rasa terharu sangat-sangat dan tak lupa, terima kasih pada semua kawan-kawan belog yang sudi follow belog Mieya nie. Terima kasih kepada mereka yang rajin tinggalkan komen terutamanya AzamFareiykaAischaIzzul AmirEzzati serta yang lain-lain juga.

Terharu lah dapat kawan yang baik dan mengambil berat macam korang semua. Sudi terima penulisan Mieya yang banyak merepek dan entah apa-apa nie. sobsob Memang tak boleh berhenti mengelap air liur yang menitis di lantai. haisy, tak boleh jadi macam nie.

dah. dah. Sebenarnya, kalau boleh Mieya nak kurangkan aktiviti menaip entri yang panjang berjela-jela sehingga mencecah ke lantai tu. Bukan sebab nak kepam idea sorang sorang. bukan. Tapi, Mieya tak nak memberatkan lagi belog Mieya yang sedia padat nie. So, harap maklong.


Salam bertemu lagi kawan-kawan :)