Dream Trip to Macau

Assalamualaikum 

Kecik-kecik dulu, macam macam tempat teringin nak pergi. Kalau dulu, selalu sangat terpengaruh dengan tv,
lagi-lagi cerita China. Tengok cerita tu, plan nak pergi situ, tengok cerita ni, plan nak pergi sini. Kiranya, kalau tengok duabelas movie semuanya lain-lain tempat, duabelas tempat kat dalam tu Mieya nak pergi. Ya lah, bila tengok pemandangan nya yang cantik, mahu tak terkesima.

Itu kisah kecik-kecik dulu. Sebab ingat macam nak ke China, cuma perlu dapatkan tiket dah boleh sampai sana. Cuba mintak dekat Apek "wa mahu tiket, nak pergi China." Motifnya sebab selalu tengok cerita China
kalau nak pi tempat lain, cuma perlu dapatkan tiket sahaja..  dah naik feri dan sampai ke destinasi di tuju.

Bila dah besar, baru tahu semuanya memerlukan duit. Kalau tak ikat perut enam bulan, jangan harap lah
nak bajet romantik bawah The Macau Tower tu.

Sekarang ni, tengok kawan kawan dah sampai sana sini, Mieya ni tak pernah sampai mana mana kecuali
dua tiga tempat di sekitar Malaysia. itu je -.-'

Insha Allah, kalau diberi peluang ke negeri China, mungkin kat sini tempat pilihan kalbu buat masa terdekat ni :
Sebab tu terus wujud entri DREAM TRIP TO MACAU
Macau merupakan antara tempat yang ingin Mieya lawati selama ini kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati selain mempunyai daya tarikan yang tersendiri. 

1) The Macau Tower mempunyai ketinggian 338 meter.  

Bayangkan kalau korang dapat melihat pemandangan yang menakjubkan dari seluruh kota dengan
kedua-dua mata sendiri. It must be pretty awesome right? Mieya teringin nak merasai sendiri pengalaman
naik menara Macau sambil menyaksikan keindahan panorama seluruh kota Macau serta bangunan-bangunan disekelilingnya yang gah di sana sini. 


Menara Macau ni cukup terkenal dengan aktiviti sukan lasak extreme seperti Bungy JumpSky Jump,
Tower Climb dan Skywalk X. Inilah salah satu impian Mieya untuk mengatasi ketakutan dan keberanian
di tempat tinggi dengan berjalan di atas lantai yang dipasang kaca transparent yang mampu mengubah pandangan ke aras bawah. 


2)  The Venetian Macau

The Venetian Macau merupakan salah satu hotel yang paling cantik dan mewah yang pernah Mieya lihat.
I like romantic things. Dan Mieya sangat kagum dengan kesenian dalamannya di mana reka bentuknya
mengambil unsur-unsur dari Venice. 


The Venetian Macau ni kalau korang ingatlah, pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran bagi drama Korea; Boys Over Flowers... Boleh jadi gila kalau berpeluang untuk ke sana tapi tak try naik gondola rides!


3) The House Of Dancing Water

Tempat ketiga yang sangat menakjubkan untuk dikunjungi adalah The House Of Dancing Water. Mieya 
difahamkan pertunjukan ini dipentaskan di Teater tarian air di mana mempunyai kira-kira 2000 tempat duduk
yang dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone. 


Teater ini menyediakan pengaturan sebuah kisah cinta epik serta jalan cerita yang menakjubkan melalui masa, mempamerkan pakaian yang mempersonakan, kesan khas yang tak pernah dilihat dalam mana-mana teater biasa. Sudah tentu ia adalah pertunjukan yang terhebat dan sukar dilupakan.

Jadi, inilah antara tiga sebab kenapa Mieya nak sangat pi ke Macau. Seni bina yang menarik, pemandangan yang indah lagi mengagumkan serta meluaskan pengetahuan mengenai sejarah tempat, amalan, budaya dan makanan tradisional penduduk setempat. Mesti seronok kan kalau dapat peluang melancong free di mana semua perbelanjaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak penaja. 

Semoga impian dan hajat Mieya untuk terbang mengelilingi kota Macau akan dapat direalisasikan suatu hari nanti. Jika Mieya menang Mcau's Trip ni, Mieya pasti akan menikmati dan menghayati setiap detik waktu Mieya berada di Macau dan berkongsi pengalaman bersama-sama dengan rakan pembaca sekalian.

Entri ini ditaip bagi menyahut cabaran "Dream Trip To Macau" yang dianjurkan oleh Macau Government Tourism Office (MGTO) dengan kerjasama dari Nuffnang Malaysia