Duit Gaji, Cukup Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt :)

Memandangkan sekarang ini kita berada di penghujung bulan. So, Mieya nak update entri berkisar pasal duit gaji.

Pernah tak korang rasa, gaji yang korang dapat tapi tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan ataupun tak setimpal dengan kerja yang korang jalankan? Hujung bulan dapat gaji... tapi bila masuk sahaja minggu pertama bulan baru, duit dah habis?

But so far, Mieya tak pernah lagi lah terasa sedemikian rupa. Cuma, bab gaji tak setimpal dengan kerja sahaja yang Mieya tak berapa nak puas hati sangat. Ya lah, kerani cuma dua orang sahaja dan semuanya kena take care dari A sampai ke Z.

Manakala yang lain kebanyakannya sibuk menguruskan hal-hal di gudang. Kami berdua lah yang bekerja keras menguruskan segalanya mengenai urusan penghantaran keluar barang-barang. Kadang-kadang barang tersilap hantar, tak sampai, return back and then arrange transport to collect back goods. Semuanya kena ambil tahu and take action.

Tapi takpe, kita tunggu dan lihat sahaja next year. Kalau still tiada sebarang perubahan atau kenaikan seperti yang dicanang-canangkan sebelum ini.. Just move on and mulakan hidup baru. Thats all ! :)

Eh, baru perasan jauh benar Mieya melalut sekarang nie. Actually, just nak berkongsi macam mana / bagaimana Mieya menguruskan gaji Mieya setiap bulan.


YaYaYa, memang diakui.. Duit memang ibarat air kalau tak betul-betul diuruskan dengan sebaiknya. Sebab tu, kalau boleh sila pastikan wang yang ada dalam wallet / beg dompet sekadar cukup-cukup untuk keperluan sebulan sahaja. Jangan lebih.

Sebabnya, masalah sebegini memang akan semua orang alami. Even, budak tadika yang umur 6 tahun pon kalau mak dia bagi duit RM1 sehari, terus mereka belanjakan buat beli jajan atau mainan. Tak ada langsung duit untuk disimpan kan? Jadi, apa penyelesaiannya?


  • Pertama, rangka perbelanjaan @ list down ke mana arah tuju wang gaji bulanan korang. Senaraikan hutang-hutang yang perlu dijelaskan. 
  • Hutang dah setel, senaraikan pula barang keperluan bulanan seperti pencuci muka, lotion, krim muka, bedak and etc. Dah dapat senarai terus lakukan pembelian supaya bajet bulanan korang tak lari kelaut.

Macam Mieya, gaji bersih kurang daripada RM1000.. So,



  • 11.5% -  Mieya bagi wang belanja bulan-bulan dekat emak. Memadai lah dengan gaji Mieya yang kecik nie.
  • 20.5% - Disebabkan abah masih bekerja dan selalu sakit sendi, kebas-kebas kaki. So, Mieya pon cari alternatif dengan membelikan supplement kesihatan untuk abah Mieya.
  • 14.0% - Rasa-rasanya, tak ramai yang tahu yang Mieya takde lesen kenderaan dan tak reti bawa langsung apa-apa kenderaan. Maklum lah trauma masih menghantui diri. So, abang Mieya lah yang menghantar dan mengambil Mieya selama 6 hari seminggu.
  • 28.0% - Mieya peruntukkan untuk membeli makanan tengah hari. Memandangkan jarak di antara tempat kerja dengan gerai menjual makanan tersangat lah jauh. Jadi, terpaksa lah tapau dengan rakan sekerja hari-hari. Bab duit poket pula, kadang-kadang tak berusik pon bahagian pocket money tu. So, tak perlu withdraw money again for next month. Just simpan diam-diam dekat bank.
  • So, yang selebihnya sekitar 18% - 20%.. Mieya simpan untuk kegunaan masa depan. Kekadang, Mieya culik sikit buat shopping online. hehehe
  • Tetapkan target simpanan korang setiap bulanMisalnya, target korang nak simpan RM1000 untuk membeli smartphone. So, mula lah simpan RM200 setiap bulan.
  • And baru-baru ini, my bro pinjam duit daripada akaun simpanan Mieya untuk membayar bayaran motor yang tertunggak. And he promise to settle it hujung tahun nanti. Jadi, ada lah nampak betapa bergunanya budaya menyimpan duit ni.


The most important point yang korang perlu ada ialah K O M I T M E N. Insyaallah sangat berkesan, kalau korang komited untuk menyimpan.

Sesungguhnya, reziki itu adalah nikmat daripada Allah SWT agar kita lebih bersyukur dan gunakan ke jalan yang betul. Till then, jumpa lagi next entry !