Duit Bonus, Mahu Buat Apa?

Assalamualaikum wbt dan salam sayang February semua :)

Tahun baru, semestinya ramai yang dah siap-siap prepare checklist azam yang ingin dicapai sepanjang tahun ni kan? Oleh sebab, hajat di tahun-tahun yang lepas masih banyak yang belum tercapai lagi (salah satunya, nak simpan duit setiap bulan dalam bank simpanan.) Dan yang kedua, nak jadi blogger dan bussinesswoman yang boleh menjadi kebanggaan keluarga. Masa serta disiplin yang tinggi merupakan kunci utama yang perlu dititik-beratkan.

Kalau last entry pon dua bulan yang lepas. Second last entry pon sama jugak, 1-2 entry tanpa input/informasi yang berguna. Agak-agak, boleh ke nak jadi blogger yang berjaya? -.-"


Tapi tak dinafikan lah, sebab sekarang ni Mieya agak sibuk dengan urusan kerja di pejabat, sibuk menguruskan online shop lagi. Macam-macam kerja yang perlu ditangguh di rumah atas alasan takde internet. No i mean, internet for PC/laptop.

Sebab dulu online guna broadband, sekali broadband ada problem sampai tak boleh dibaca oleh sistem komputer.
Tu yang terus patah hati, dengan penuh emosi pi terminate line broadband tanpa berfikir dua tiga empat kali lepas ni nak online macam mana. hahaha

Lepas tu, Mieya plan nak Sign Up wifi pulak. Tapi itulah, kita cuma merancangkan... Akhirnya terbeli smartphone baru siap lengkap dengan line 4G & LTE. Kononnya, senang la lepas ni, nak update entry baru ke, tak pun nak buat artikel masa on-the-way nak jalan-jalan pun dah takde hal lagi dah. Tapi kesudahannya, hanyut dibuai ombak. Update blog entah ke mana, online facebook/main game aje memanjang. 



Okey, kembali semula kepada topik kegemaran ramai di awal tahun ni.. Bonus yang kebiasaannya dibayar pada awal tahun sebelum Chinese New Year, tapi ikut company jugak lah kan?

Bonus for me adalah sebagai ganjaran daripada company atas usaha dan penat lelah kita bekerja sepanjang setahun bekerja. Tapi yang paling Mieya pentingkan ialah INCREMENT (kenaikan gaji). Yalah, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, banyak nak pakai duit kan?

Lain orang, lain caranya nak gunakan duit bonus ye tak? Ada yang gunakan duit bonus untuk melabur dalam ASB, ada yang gunakan duit bonus untuk makan angin, ada yang gunakan duit bonus untuk simpanan, ada yang gunakan duit bonus untuk beli gadget yang diidam-idamkan, ada yang gunakan bonus untuk buat majlis kenduri kahwin. dan bermacam-macam lagi. Tapi kalau ada rezeki lebih jangan lupa berzakat atau bersedekah pada orang lain. Nanti barulah rezeki lagi murah. In Shaa Allah... 

Macam Mieya, bonus bagi tahun 2014 Mieya telah gunakan untuk membeli smartphone. Tapi bagi tahun 2015 ni pula, Mieya telah gunakan untuk membeli cermin mata serta menukar cincin dan gelang emas kepada yang baru. Selebihnya, maybe Mieya akan gunakan untuk sign up internet. Inshaallah.


 Mieya just tambah RM450 selepas trade in yang lama. Kira berbaloi lah. 
Tahun depan boleh melabur lagi ^^

Kalau diikutkan plan asalnya, memang nak simpan duit bonus ke dalam bank. Tapi Mieya sedar bahawa diri ini bukanlah bijak dalam mengawal perbelanjaan. Pantang nampak sales and diskaun sikit, terus mood shopping tu turn on. So, melabur dengan emas adalah pilihan yang tepat bagi spesies macam Mieya ni. Kira macam self reward untuk diri sendiri.

Apa-apa pun, sebenarnya pemberian duit bonus ni antara satu kelebihan dan rezeki yang Allah bagi, asalkan kita tak salah gunakan sudah lah kan? Apa yang penting jangan riak, jangan takbur, jangan nak bangga sangat bila dapat bonus ye tak? Rezeki tu kalau Allah nak tarik bila-bila masa pon boleh. Jadi, hidup perlulah sentiasa beringat.  Nak hala ke mana duit bonus, itu pilihan dan cara masing-masing.