Beri perhatian, Mieya tengok ada blogger yang tidak aktif dengan blog mereka lagi. Kebanyakan blog di bloglist Mieya ni dah bersawang mawang hampir 2 bulan lebih. Maka, Mieya membuka peluang kepada kalian untuk menempatkan bloglist baru dalam blog Mieya.
Ye lah, memang Mieya sendiri pon selalu mengelat nak update entri. Dapat curahkan idea dan pendapat pon cuma dua tiga kali seminggu. Bila tengah syok nak kumpul idea bagi entri terbaru and then tengok bloglist sendiri pun dah serabut. So, Mieya nak kemaskinikan semula supaya senang Mieya menjalankan aktiviti blogwalking di pagi hari.
Jika anda seorang blogger, dan aktif blogging. Tak kira lah update blog seminggu sekali ke, dua tiga kali ke.
Tolong beri url blog anda pada Mieya. Tinggalkan link blog dekat bahagian komen.
Mieya nak tambah baik bloglist yang sedia ada ni. Biar lah nampak kepentingannya sikit. Mieya takde syarat apa pun, cuma Mieya memang nak letak senarai bloglist baru. Yang sedia ada di bloglist tu, Mieya tak buang, cuma nak menggantikan yang tak aktif sahaja.
Jadi, jika anda mahukan blog anda dalam senarai Mieya. Cepat-cepat drop comment ye. Simple saja.