Bacaan Terkini IPU Jerebu 14 Mac 2014

Assalamualaikum wbt.

Nampaknya kadar indeks pencemaran udara di daerah negeri Selangor semakin hari semakin berada di paras yang membimbangkan.

Hidung berhingus, mata berair... Pedih! Nak bernafas pon susah. Lagi-lagi Mieya yang berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal ni. Jarak penglihatan agak terbatas jugak lah. Bangunan-bangunan pencakar langit kelihatan kurang jelas. Nasib baiklah masih boleh nampak jalan lagi.

Hari ini pon lebih kurang sama keadaannya. Khabarnya ada hutan yang terbakar. Tapi tak dapat dipastikan lah dekat kawasan mana yang terbakar tu.

Berikut merupakan kadar indeks jerebu sekitar jam 8 pagi tadi.


Update pukul 10 pagi tadi :


Update pukul 12 tengah hari tadi :


Seperti yang korang dapat lihat, kadar jerebu dekat kawasan Pelabuhan Klang dan juga Banting berada di paras tertinggi sekali. Dengar cerita sebanyak 131 buah sekolah di kawasan tersebut telah diarahkan tutup serta-merta.

Bagaimana pula dengan catatan IPU di kawasan korang?

P/S : will be update more about the air quality dari semasa ke semasa.