Sejak bercuti seminggu menjaga emak sakit (kaki patah tempoh hari).. Mieya lah menggalas tugas menggantikan emak. Kutip baju kotor untuk dibasuh, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai rumah, cuci tandas, cuci pinggan mangkuk kotor, memasak and etc. Now, baru tahu betapa penatnya emak seharian berada di rumah.
Kebiasaannya pada hari-hari biasa.. Dari Isnin hingga lah ke hari Sabtu, Mieya sibuk dengan urusan di tempat kerja sahaja. Hujung minggu lah masanya membantu emak apa yang patut. Itupon sekadar tolong sikit-sikit je. Bab memasak, langsung tak sentuh sangat periuk kuali dekat rumah. Selalunya, Mieya temankan emak bersembang sambil sediakan bahan untuk dimasak.
Bila emak dah sakit tak boleh nak bergerak sangat.. Pada mulanya, Mieya cuma masak nasi and then beli lauk dekat luar. Lama-kelamaan, adik Mieya complain sebab bosan asyik makan lauk yang sama sahaja.
Maka berbekalkan skill masak secebis dua, Mieya cuba masak lauk-pauk simple yang selalu emak masak. Setiap hari, kepala otak ligat berfikir nak masak lauk apa yang boleh kenyangkan semua perut. (Selalunya, pagi-pagi emak yang tanya dekat anak-anak, nak makan apa hari ni?) Tapi sekarang, sendiri yang fikir lalu tanya emak nak makan apa.
Kehidupan Mieya sekarang ini, memang sangat-sangat jauh berbeza sejak emak jatuh sakit ni. Masa yang ada agak terbatas. Cuti yang ada cuma berbaki 2-3 hari sahaja lagi. Lepas ni, siapa lah yang nak jaga emak bila Mieya mula bekerja nanti?
Insyaallah, maybe esok atau lusa nak bawa emak ke hospital untuk sesi pemeriksaan yang seterusnya. Diharapkan adalah sinar keajaiban yang berlaku. Amin.