Waktu Sesuai Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum dan hai semua :)

Sorry T_T ,  tetiba je mulakan entri dengan perkataan "sorry". Sorry lah sebab selalu ada yang tanya dekat ask.fm , ruang chatbox, ruang komen, pastu siap ada yang post entri lagi dan link ke blog Mieya. Tapi Mieya tak reply. Bukan kedekut nak share knowledge. erm, tapi tak berkesempatan nak check and reply. Even nak blogwalking pon tak sempat. K.

Tapi bagi mereka yang tanya Mieya secara direct dekat Facebook ataupun email, insyaallah Mieya balas. Sebab, dua tu je yang Mieya selalu buka pada hari-hari biasa. Kalau blog, maybe hujung minggu baru sempat nak mengadap lama-lama.

Semenjak dua minggu lepas, fikiran dan jiwa Mieya memang fokus ke tempat kerja. Maklum lah tahun baru, manager baru. Semuanya kena control habis, nak audit bagai. Paperwork semua, Mieya handle.

And baru-baru ni, kena check serial number bagi setiap item, baru boleh keluar order. Pergh, rasa macam nak mati je kena turun naik tangga and check one by one. Nasib lah branch kat sini company kecik je. Kalau besar, lagi dua kali ganda mati barangkali. And for your info, the life still gone on till now =.=

So today,  Mieya nak jawab pertanyaan dari Puan Gojes berkaitan dengan Waktu yang sesuai Cash Out Earning Nuffnang. Actually, Mieya ada update entri kat sini dulu. Cuma tak berapa nak details sangat.


Masa terbaik untuk cash out Nuffnang adalah pada hujung bulan, mostly recommended on 27 @ 28. Contohnya, Mieya cash out pada akhir bulan Ogos (27/08/2013). Proses dijalankan pada bulan September. Maka dijangkakan cek tersebut akan sampai pada awal bulan Oktober. And yes, pada 02/10/2013 Mieya sudah terima cek di rumah.


ni cek Nuffnang cash out on 11 July :)

Kita sedia maklum yang pihak Nuffnang mengambil masa 30 hari untuk proses kita punya cash out especially to those with Gliterratti statusManakala, untuk ahli Ordinary pula, cek Nuffnang akan mengambil masa 60 hari untuk sampai ke tangan korang.

Contoh yang lain, Mieya pernah cash out earning Nuffnang pada awal bulan Mei 2013 & hujung bulan Mei 2013. Maka pihak Nuffnang akan hold dulu hingga akhir bulan Mei dan proses akan dijalankan pada bulan Jun. Maka Mieya akan dapat cek pada awal bulan Julai. And yes, kedua-dua cek sampai pada masa yang sama, iaitu pada 04/07/2013. So, tak guna lah cash out awal bulan sebab kena tunggu about 2 bulan juga lah juga.

Next, cash out pada atau selepas hari Isnin pada setiap hujung bulan. Sebabnya, earning CPC (Cost-Per-Click Campaign) alaa.. senang cerita iklan yang satu klik = RM0.25 tu. Haaa.. biasanya, earning memang akan diupdate setiap hari Isnin. Tak percaya, cuba lah tengok akaun Nuffnang masing-masing hari Isnin nanti. muehehehe

Okey, sekian sahaja laporan dan rumusan daripada Mieya. Ada apa-apa masalah yang ingin dibincangkan. Boleh lah cari Mieya dan roger pada bila-bila masa sahaja. Insyaallah, Mieya sudi membantu :)

much love,
Mieya Atiera