Novel Playboy Itu Suami Aku (PISA)

Assalamualaikum wbt :)

Tetiba baru perasan yang dah beberapa hari Mieya tidak mengetuk papan keyboard demi menghupdate sebuah entri.

Bukan apa u'ols, serabut sedikit kepala hotak dengan kerja. Maklum lah, bila tibanya hujung-hujung tahun gini kan? Dengan order yang berduyun-duyun masuk, dengan permasalahan daripada pihak transporter lagi. At last, terpaksa juga meminta bantuan dari Manager untuk membantu menyelesaikan kebuntuan yang timbul.


Tak sangka betul, bila check je keyword di Nuffnang. Rupa-rupanya, ada yang mencari cerita berkaitan dengan PISA. Drama yang sedang ditayangkan di kaca tv sekarang nie. Maaf lah awak. Mieya tak ada UP pon entri pasal Novel Playboy Itu Suami Aku (PISA) di teratak budakshumort ni seperti selalu. Cuma hari ini baru berkesempatan nak berkongsi cerita.

Walhal, setiap petang Mieya tepat sahaja jam 7 petang, Mieya dok ternanti-nantikan sambungan cerita drama ini di depan tv. Tak dapat miliki novel dan baca keseluruhan ceritanya, macam inilah gayanya kan? Puas dah cari dekat kedai buku berhampiran dengan rumah, semuanya sudah habis terjual.

sobsob T.T sedih bhai !

Sinopsis Novel Playboy Itu Suami Aku
Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!


Pelakon drama Playboy Itu Suami Aku:
Fattah Amin, Risteena Munim, Chacha Maembong, Wan Sharmila, Puteri Najuwa, Khairil Anwar, Noralbaniah dan ramai lagi!