Usah ditanya kenapa kebelakangan ini Mieya selalu "on-off" , tenggelam-timbul , sekejap drop komen - sekejap di blog kalian semua. Bukan kerana malas atau tak ada mood atau busy dengan kerja ye. Tapi sebab Mieya kurang sihat.
Buat kalian yang ada request tutorial dekat Mieya. Sorry sangat-sangat sebab tak dapat tunaikan permintaan kalian kali ini. Benar, keadaan si empunya diri sekeluarga tak berapa mengizinkan di kala ini.
Rasanya, Mieya ada up entri pasal "Angkara Jiran Busuk Hati" beberapa bulan yang lepas. Tapi tak lama kemudian Mieya delete post tersebut. Sebabnya, Mieya terfikir.. Perbuatan Mieya menceritakan cela orang di khalayak ramai, umpama Mieya menjadi kayu bakar "dia" di kemudian hari.
Sudah lah "dia" melakukan dosa besar iaitu "membuat orang" atau lebih jelasnya memberi kesakitan @ penderitaan @ menjatuhkan hukuman kepada orang lain. Bertindak seolah-olah "dia" lah yang berkuasa tanpa memikirkan dosa serta azab Allah SWT di akhirat sana.
Nauzubillahiminzalik.
Insya allah, kami semua masih lagi dalam proses "berubat". Doakan moga kali ini yang terakhir kalinya. Baik rumah, mahupun ahli keluarga Mieya sendiri.
Walaupun sudah lebih dua tahun mencuba serta mencari pengamal perubatan tanpa jemu. Penyakit sekejap datang, pergi. Tak lama kemudian, datang kembali. Biarpun berhabisan wang ringgit sekalipun, asalkan kehidupan kami sekeluarga kembali ke asal. Itupon sudah memadai.
Sedikit peringatan selingan,
Kalau tak suka berjiran dengan keluarga yang suasananya macam sekolah tadika, suka karaoke di hujung minggu, sila lah ubah suai rumah menjadi kedap bunyi.
Tak pun sila lah tinggal di dalam hutan. Di mana hanya kau dan keluarga je yang ada di sana. Confirm tak ada gangguan. (Keluarga kau buat bising hari-hari, jiran yang lain watlek je. Tapi bila keluarga orang lain buat bising, kau tetiba naik angin. Ape kes?)
Next, kalau cemburu melihat kesenangan orang lain (misalnya bila jiran sebelah-menyebelah renovate rumah) Sila lah cepat-cepat kumpul duit untuk renovate rumah kau juga. Atap rumah dah lama bocor, tapi dituduhnya angkara jiran sebelah (yang sedang renovate rumah tu pula.) Tak usah menumpang hidup di atas kesenangan orang lain.
P/S : Sentiasalah ingat Allah, Tuhan yang menjadikan seluruh alam. Hanya dengan mengingat Allah akan tenteramlah diri.
Jangan berhenti membuat kebaikan, memang syaitan berhajat dan takkan berputus asa menimbulkan kebencian dan amarah dalam diri kita.
Perbanyakkanlah berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan kebaikan kepada diri, keluarga, orang sekeliling dan kaum kerabatku. Semoga dihilangkan segala gangguan syaitan daripada mereka semua.
Tak usahlah bermegah / menunjuk-nunjuk dengan amal ibadahmu umpama manusia bertopengkan manusia, walhal di hati bernafsukan syaitan.
Tak usah cerita pada orang lain, Allah tahu apa yang terkandung dalam diri.