Tajuk Gempak Tapi Isinya tiada

Assalamualaikum wbt semua :)

Bertemu kembali kita di petang yang indah ini, di entri pukal yang ditaip berderet-deret tapi nak publish kena beratur kat kaunter ambik nombor giliran.

Hmmm, biasalah tu. Banyak sangat perkara yang nak Mieya kongsikan sejak akhir-akhir ini. Semua ini untuk panduan kita semua jugak, bukannya untuk Mieya seorang je.

Maanf, mungkin masih ada di kalangan kalian yang fikir bahawa Mieya tak habis-habis lagi nak berdebat dengan isu sebegini rupa. Tapi, disebabkan rasa cenderung untuk berbakti kepada semua, maka Mieya teruskan jua perjuangan ini. *cewahhh*


Mieya tahu mesti ramai di kalangan kalian yang pernah merasa tertipu, rasa bengang serta amarah yang membuak-buak. Terutama sekalli bila korang sibuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan korang, and then bila buka je. Tengok-tengok takde satu pon isi yang boleh diguna pakai.

Sebagai contoh, korang cari maklumat mengenai "tips meningkatkan trafik" tapi bila korang klik, macam haram jadah. Entri yang ada sekadar entri kosong, takde sebarang isi pon yang berkaitan dengan trafik. Tajuk aje yang gempak tapi isi takde, baik tak payah kan.

So, mulai saat ini Mieya cuba untuk berikan yang terbaik dalam menghasilkan sesebuah entri. Insyaallah, selagi kepala hotak mampu mengeluarkan impulse yang berlambak, selagi itu juga Mieya akan berusaha.

P/S : Chaiyok !