Gila Shopping Online serta Tips

Assalamualaikum wbt :)

Lately, Mieya perasan bahawa nafsu shopping Mieya mula berleluasa semenjak bulan lepas lagi. Jika dikira-kira, hampir RM500 atau mungkin juga lebih dibelanjakan untuk tujuan shopping online sepanjang bulan Sept-Okt nie. Pheuw~

Lagi-lagi, bila segala-galanya mudah hanya di hujung jari sahaja. Dah reti guna online banking lah kata kan. So, tak payah nak bersusah-payah berjalan kaki, meredah panas terik, berhimpit di sana sini semata-mata nak membeli barangan kecintaan hati.

Sekarang, semuanya serba serbi mudah. Ditambah pula dengan mood mencuba sesuatu yang baru kian membara api semangatnya. Apa yang penting, kena berhati-hati dalam membuat sesuatu pilihan yang tepat, survey harga yang paling murah dan semestinya berkualiti barangan yang dijual. And then, check dengan teliti latar belakang penjual / customer's feedback agar tidak mudah tertipu.

And to be truth, Alhamdulillah, setakat ini Mieya tak pernah ditipu lagi oleh mana-mana pihak di luar sana. Syukur, minta-minta dijauhkan drpd semua tu. Mudah-mudahan, Amin !


Antara barang yang Mieya borong ialah tudung, preloved novel, produk kecantikan, supplement untuk diri sendiri and both my parents.

And insyaallah, later I will review one by one product I've ever used. Tak syok lah kalau kepam celah ketiak sorang-sorang pasal produk yang bagus @ tak yang semakin terlaris di pasaran kan? At least, dapat dijadikan sebagai inspirasi dan rujukan buat para pengguna di luar sana yang still ragu-ragu akan kesahihan mengenai sesuatu produk tu.

Macam Mieya, Mieya hanya akan stick pada sesejenis produk yang memberikan kesan yang bagus kepada tahap kesihatan diri. Jika sebaliknya yang Mieya terima, maka kita ucapkan selamat tinggal dan terus mencuba produk yang lain. hehehe