Disebabkan Mieya sekarang berada di ofis, maka entri kali ini hanya pendek, serta ringkas sahaja.
InsyaAllah, hari Selasa ini (15 Oktober 2013) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H, seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Qurban. Atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha.
Aidiladha adalah saat untuk merayakan semangat berkorban dengan harapan agar membawa kepada keampunan dan membentuk keikhlasan demi membina keteguhan keimanan.
Hanya sebaris kata maaf untuk menghapus semua salah dan khilaf agar hati kita bersih seperti terlahir kembali. Harapnya, tiada yang terasa atau terhiris dengan kata-kata yang terluah dari blog Mieya nie.
Selamat Aidil Adha buat seluruh umat Islam, semoga Raya Haji kali ini kita mendapat keberkatan dari Allah yang Maha Esa.
P/S : Mieya raya kat Petaling Jaya je. Yela, cuti cuma sehari sahaja. Mana nak sempat bercuti sakan.