9 Fakta Mengenai Lelaki

Assalamualaikum wbt semua :)

Kalau hari itu, Mieya ada buat entri pasal 9 Fakta Mengenai Perempuan. Tapi kali ini, pasal lelaki pulak. Sekadar suka-suka je. Janganlah marah, kalau apa yang dinyatakan disini sama sekali tak benar. Just for fun okey?

1. Awak sedang buat apa? atau Dah makan belum? adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka bersungguh-sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.

2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah. Jadi, jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang mudah marah. 

3. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.

4Jangan pernah berkata padanya, Mmhh…….lupakan jelah kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.



5. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.

6. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.

7. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya.

8. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah, ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan setiap kerenah dan telatah anda.

9. Lelaki sangat menyayangi ibunya.