idea, ke mana dikau menyorok?

Assalamualaikum wbt kalian (:


Sejak kebelakangan nie, Mieya asyik ketandusan idea. Entah di mana silapnya. Adakah berpunca daripada aktiviti harian Mieya yang semakin padat, mengalahkan Perdana Menteri? ataupun berpunca daripada perut yang penuh gara-gara makan sampai tak ingat dunia semalam? atau mungkin disebabkan sistem otak yang sedang rileks kan diri beliau daripada memikirkan itu dan ini?


Susah betul kalau hal sebegini berlanjutan saban waktu. Bila tekan "new post" je, semua idea bertempiaran lari balik lari menyelamatkan diri. Sungguh kejam betul mereka ini. Langsung tak nak membantu Mieya yang memerlukan ini.


Tak apa. tak apa. Ada cangkul, ada batas. Sekali Mieya dapat balik idea tu, akan Mieya perah sampai berhabis-habisan. Tanda protes tak puas hati. Yela, tak kan lah hari-hari nak update pasal cerita yang sama je  tiap hari kan.


Dah lah yang singgah ke belog Mieya nie seciput dua. Yang baca entri sampai ke penghujungnya pon berapa kerat je kan. sebab selalu post benda yang tak best. Tengok-tengok esok lusa, dah takde siapa dah yang nak singgah sini. wuuwuu, apalah nasib daku !


Macam mana lah blogger lain boleh selalu update sampai tiga empat entri sehari ehh? dah tu, entri mereka semuanya segar-segar belaka. Bukan macam Mieya, selalu je ketinggalan dalam hal-hal duniawi nie. tak up-to-date macam dorang semua. sobsob~


Mieya pasti ada di kalangan korang dah bosan dengan kehadiran entri-entri oleh budakshumort yang entah pape nie kan. yaa,  Mieya mengaku bersalah atas terlalu obses untuk mengupdate belog dengan kekerapan yang terlalu tinggi. So, silalah buat pengakuan sekarang bahawasanya korang sudah jemu. T_T

takpe lah, mungkin silap Mieya sebab post entri tanpa hala tuju. Bajet pulak tu , macam Mieya sorang sahaja yang akan hadap belog budakshumort nie. Dengan gadget yang serabut sana sini. Adehhh, Mieya. Mieya.

Semua tahu, Mieya dan belog memang tidak dapat dipisahkan. Macam belangkas, sentiasa bersama-sama tak kira masa, tempat dan keadaan.
 Setiap hari Mieya mengadap benda yang sama je. Belog. belog dan jugak belog.


Macam setiap hari kita makan chocolate cake. Lepas tu, esok nya kita tak makan. Macam mana rasanya? wuuwuu, sedap nya. lapar lah pulak. hikhik


salam bertemu lagi kawan-kawan :)