Assalamualaikum and hello everybody !
Laju-laju Mieya taip entri kali ini.. Risau idea dan apa yang ingin dibicarakan akan hilang begitu sahaja. Almaklum lah.. Bila demam melanda nie. Semuanya menjadi serba tak kena. Asyik terlupa itu ini, mudah hilang memori seketika.
Ingatkan minggu nie, nak langsaikan hutang membalas komen, balas jejak, dan blogwalking di blog kalian semua. Tapi nampak gayanya, ini semua tak mungkin berlaku ! Dan mungkin akan bertangguh lagi. Haish !
Sungguhpun demikian, kekadang Mieya sempat jugak menjenguk blog rakan-rakan pembaca melalui link di bloglist, Nuffnang & Chatbox.
Yang mana sempat, Mieya drop komen dan link blog di shoutbox masing-masing. Manakala mana-mana yang tak sempat, Mieya sekadar hanya menjadi silent reader sahaja.
Diharapkan tiada lah yang berkecil hati ye?