Demam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Tersentak hati dan jantung Mieya seketika tatkala melihat keadaan blog yang tunggang-langgang petang semalam. Ingatkan blog kena ceroboh oleh individu lain atau apa. Paling tak pun, mungkin Mieya ada gatal-gatal tangan pi tukar coding lain ke apa.

Tapi setelah diselidiki, ternyata.. Ramai lagi blogger yang menghadapi situasi yang serupa, iaitu coding blog bermasalah. Dan alhamdulillah, pagi-pagi nie Mieya buka blog, semuanya kembali kepada normal. Fuh, tak dapat nak dibayangkan perasaan Mieya ketika itu.

Minggu ini, mungkin aktiviti blogging Mieya akan menjadi 'slow-down' sikit dek kerana si empunya blog dilanda demam panas. Mungkin sebab keadaan cuaca yang tak menentu. Ditambah pula dengan OT pada minggu lepas.

Sungguhpun demikian, hari-hari tetap berdegil nak pergi ke pejabat jugak. Ya lah, kerani cuma tinggal Mieya berdua sahaja dengan seorang akak tu. Kesian pulak kalau tinggalkan beliau terkontang-kanting sendirian menyiapkan kertas order tu semua.

Pattern rambut dah sama, cuma muka je lain sikit. Lebih comel.

Oh ya, semalam kami ada menerima kunjungan pelawat daripada Korea.. Dua orang lelaki muda. Datang ke Malaysia untuk menyiapkan laporan mengenai kerosakan tayar. Ya Allah, sungguh indahnya ciptaan Tuhan. Tak berkelip-kelip mata ni dok memandang mereka. Tapi takde lah sampai ke tahap jatuh hati ke apa. Cuma terpegun sejenak melihat keindahan ciptaan-Nya.

Masyaallah.

P/S : Bukan setakat Mieya je yang demam, handphone Samsung Galaxy Y Mieya pon dah mula demam jugak. Hisyyy !